Benar kata orang, menulis memerlukan kekuatan. Bukan kekuatan fizikal tapi semangat yang kental. Banyak cerita yang terpendam, banyak kisah yang tidak mahu dikongsikan, banyak sangat fikir menyebabkan aku menjadi semakin tak tahu hala tuju blog ni. Nak menulis tentang apa. Sakit hati sekiranya ditulis di sini mungkin akan membuka pekung di dada. Jadi bila dibiarkan begitu lama, semangat untuk menulis semakin merudum.
Jadi mari sama-sama kita 'polish' kembali akan semangat itu menyinar. Huhu.
Lama-lama tak lama aku tak menulis, nilah buktinya.
Dari budak ni hanya tau tidoq terlentang dan menangis ja sampailah dah pandai macam2..... |
La ni dah pandai marah makcik.
Pandai minum air dalam cawan.
Pandai punggahkan baju yang dilipat.
N dah pandai jalan bertapak2....
No comments:
Post a Comment