Assalamualaikum....
Pesanan penaja: Ini bukan entri berkenaan ketidakpuasan hati cuma ingin mengupas dari perspektif yang sedikit berbeza.
Bujang vs Berumahtangga.
Kebanyakan orang yang aku jumpa mempunyai satu pandangan yang sama berkenaan orang bujang. Bujang tiada tanggungan. Duit mereka berkepuk. Sebut apa saja, semua boleh jadi kenyataan. Namun tak semua kenyataan sedemikian rupa. Mungkin sekiranya si bujang yang bekerja masih ditanggung oleh ibu bapa atau ibu bapa mempunyai pencen yang banyak. Jadi si bujang tersebut memang duit berkepuk.
Tapi dalam sekelompok orang bujang dia perlu berusaha untuk diri dia sendiri. Dia juga perlukan kereta, rumah, makan, bil perubatan, insurans, supplement, pakaian dll. So perbelanjaan dia lebih kurang sama cuma tidak melibatkan anak. Tapi si bujang menanggung perbelanjaan seorang diri manakala yang dah berkahwin, pendapatan adalah gabungan berdua. Dan bagi si bujang, hari tua juga perlu difikirkan. Sememangnya Qada' dan Qadar adalah ketentuan namun Doa dan usaha adalah penting. Bagi si bujang, hari tua adalah satu perkara yang mungkin menjadi satu igauan buruk. Bagaimana menghadapi hari tua keseorangankah? Ditemani adik beradikkah? Sememangnya ada jodoh menunggu di usia lanjutkah? Siapa pun tidak tahu.
Jadi perlu ada sedikit simpanan menjelang hari tua. Buat belanja selepas tidak bekerja. Umur kita sampai bila, itu adalah rahsia Allah. Namun bagi aku sedikit ingatan adalah perlu. Doaku, matiku tidak menyusahkan sesiapa. Sama ada dari tanggungan hutang atau segala.
Aku pohon kesudahan yang baik dariNYA.
No comments:
Post a Comment