Seperti yang dijanjikan.... di entry sebelumnya.
Ni sambungan cerita kursus yang aku kena p as fasilitator.
Kursus ni bermula 18 Mei 2013. Tapi aku kena p 17 Mei 2013. Segala urusan untuk majlis penutupan perlu diselesaikan sebelum semua peserta datang. Sebabnya progra nanti akan melibatkan banyak pergerakan (dari satu tempat ke satu tempat). Jadi nanti takder masa dah nak selesaikan majlis penutup tu.
Aku dan ruhil bertolak dari Kuala Perlis jam 3.00 petang. Pukul 4pm sampai Jeti Langkawi. Paklong, Encik Majid dan Encik Mohd Noor dah janji nak mai ambil sebab depa dah datang awal dua hari untuk menguruskan kemasukan kenderaan rasmi polteknik ke Langkawi. Tunggu punya tunggu lebih kurang jam 5.15 pm baru sampai. Yang tadi dok kata kami dah on the way, aku pasti bukan on the way ke jeti tapi on the way ke tempat lain kot...seb baik ada ruhil. Sementara dok tunggu kami dan lagi lepak sambil makan sambil gosip kat kenny rogers. Selesai...
Ruhil yang selalu ada untuk aktiviti2 outdoor. Kalau takder dia, aku pun tanak p untuk aktiviti2 outdoor lagi. Ruhil ni geng sejak aku join unit sukan tahun 2006. Walaupun dah keluar dari unit sukan tahun 2009, tapi kalau ada aktiviti apa2 yang nak ajak aku, mesti ajak ruhil. Kalau tak, aku tanak ikut. Mati kutu takder geng.
Petang tu, terus p National Sailing Centre. Bleh rujuk kat sini untuk info lanjut pasal NSC.
Esoknya, 18 Mei 2013, pagi2 lagi dah ready untuk p beli hadiah bagi cabutan bertuah. Dari jam 9am sampai ke jam 12am kitorang dok kat Idaman Suri. Bleh agak la kan, hadiah apa yang kitorang beli unuk cabutan bertuah.
Den tunggu peserta sampai kat Jeti Kuah. Petang tu lepas lunch, kitorang disambut dengan hujan yang sangat lebat beserta angin puting beliung. Tengok video kat bawah:
Malam tu, semua peserta tidur di asrama National Sailing Centre (NSC). Urusetia semua di Simfoni Resort sebab bilik di NSC dah takder yang kosong. Bangunan NSC dan Simfoni Resort sebelah menyebelah. So bleh jalan kaki ja.
Simfoni Resort ni jenis penginapan apartment. Ada dua bilik so bleh masuk 4 orang.
Hari pertama, semua peserta diberikan latihan water confident dan pengendalian kayak. 50% daripada peserta tidak pernah berkayak langsung. Satu cabaran buat peserta dan urusetia menanti esok!
Cerita selanjutnya....esok dan hari yang mendatang.
No comments:
Post a Comment