Bayangkan anda sedang berjalan di shopping complex sorang2. Kawan2 anda tidak dapat join xtvt menyimpan duit di gedung membeli belah tersebut (baca sebagai memperabih duit yang ada). Jadi anda bersendirian melakukan aktiviti yang menyeronokkan tetapi kekadang menjadi sangat tensi slps itu (dah abis duit tension la!!!). Adakah anda kan berjalan berlenggang kangkung sambil meneliti semua barang di situ atau menuju ke arah tujuan, beli dan kemudian belah dari shopping complex tersebut??
Ada sorang mahkluk Allah tu, dah la p shopping complex kul 7 malam...maghrib tu wei!!! Dah abis pusing tmpt tujuan, maka melihatlah jam di tangan. Sudah pukul 7.45pm!!
Bergegas mencari surau, seb baik penah p solat di situ (makhluk Allah ni kalo pasal direction sangat fail ok!!). Jadi takder la gabra walaupun pusing di tengah2 gedung membeli belah tu 2 kali. Sampai depan surau terus masuk dalam bilik wudhu' (masa tu takder orang)dan berwudhu' dengan penuh tawaduk. Sekali masa tengan basahkan ubun2 terasa ada orang pandang.....toleh belakang ada 2 remaja lelaki berpandangan sesama sendiri, kemudian ada pakcik sorang ni plak berkata " takpa ambik la wudhu' perabih dulu"....
Apa nak dikata....malu weiiiiii. Ai rasa makhluk Allah tu mesti nak berlakon pengsan takpun buat2 macam orang yang sangat fail penglihatannya (^_^).
Bayangkan rupa paras makhluk Allah tu masa amik wudhu'. Of course tanggal tudung, sluar disentengkan, tangan baju pun disentengkan, dan keadaan sangat bergaya ketika mengambil wudhu'
Rupanya bilik wudhu' dan surau lelaki dan wanita di situ telah diubah kedudukannya. Dulu hakmilik wanita telah diubah kepada lelaki dan begitulah sebaliknya. Notis juga telah ditampal di hadapan bilik wudhu' memasing dengan tulisan yang kelabu lagi kabur. Dahla makhluk Allah tu rabun n tak pakai spec atau contact lens so tak ble la nak salahkan dia kan....huhu
Kalo sign toilet leh letak macam ni,
awat sign surau tak bleh letak yang gambar yang jelas menunjukkan perbezaan jantina supaya tadak la orang tersilap masuk lagi...bukan makhluk Allah tu jer yang tersilap, ada lagi orang lain lepas dia tau tapi sebab dia dah kena tegur dan ada lelaki kat situ maka yang lain pun baca betul2 apa yang tertulis di depan bilik wudhu'. Maka selain menjadi mangsa, makhluk Allah tadi jugak menjadi penyelamat kepada wanita lain agar tak tersilap masuk ke bilik wudhu' lelaki.
p/s: Teka teki: siapakah makhluk Allah dalam ceta di atas dan dimanakah kejadian ini berlaku. Sapa dapat jawab dgn tepat nanti ai kasik hadiah yer.
haha.. makhluk Allah tu mesti la ko kan... n tempat kejadian adalah di surau Sunway Carnival.. sbb aku pun nyaris2 terkena biler depa tukar surau pompuan dah link dgn tempat wudhuk.. nak hadiah! hehe
ReplyDeletewah...sungguh hebat kakak KP ku ini. Sekali teka dah betul. Hadiahnya, tunggu aku balik end of October yea
ReplyDeletebest! best! aku tunggu ah..
ReplyDelete