10.51 am - aku dapat kol dari no yang tak dikenali. Bertanyakan "ni sapa?". Hangin tak korang kalau dapat kol macam tu. Tapi bila dia tanya kenal tak Shahar? Aku cool jap. Bila dia bagitau Shahar "dah takder" aku rasa macam jantung berhenti berdegup.
Shahar tu adalah anak kepada sepupu ak, Kaknab. Kaknab merupakan cucu sulung tokwan dan tok di sebelah abah. Shahar orangnya aktif. Main bola salah satu aktiviti dia. Dia cuma mengadu sakit dada hari Ahad lepas main bola. Katanya nak pegi klinik hari Isnin tapi nak pegi ofis dulu. Tak sempat pegi klinik, dia dah pergi menemui Maha PENCIPTA.
Masa menguruskan mayat sampailah pengebumiannya, mmg ai sebak habis. Shahar pergi dalam usia 38 tahun (baru tadi perasan bila tengok sijil mati dia). Sebelum ni dok ingat dia tu tua setahun ja dari aku rupanya dia sama baya ngan Bangah. Pemergian dia mengingatkan aku dengan pemergian abah. Sama ja, sebab pergi mereka mengejut. Kata orang dia ada sangkut paut keturunan. Aku juga perlu bersiap siaga. Lagipun mati tak mengenal usia.
Wife dia menangis kat aku dan tanya, "kenapa dia pergi cepat sangat?"
Apa yang ak boleh jawab selain "Allah lebih sayangkan dia".
Pergi Shahar meninggalkan seorang balu, anak sulung 7 tahun dan anak kedua 5 tahun. Wife dia baru ja kehilangan ibu tahun lepas. Sebak, simpati bercampur baur.
KakNab peluk ak dan kata, "Allah duga kaknab, anak bongsu mati dulu masa kaknab hidup. Dahla Kaknab ni miskin anak". Sendu aku.
Tapi dan lagi nak melawak....kalau kaknab ni miskin anak, saya lagi la miskin segala. Suami + anak pun takder. Terus senyum Kaknab.
Malam tadi balik dan berfikir satu persatu. Aku ni selalu tak puas hati dengan orang, tapi aku tak pula pikiaq yang orang tak puas hati kat aku. Walhalnya aku ni terlalu banyak kelemahan. Bila malaikat maut menjemput, dosa aku dengan semua orang hanya terampun bila depa ikhlas ampunkan aku. Tekad: mesti maafkan semua orang yang aku rasa depa salah dengan aku. Dan mesti ikhlas dengan apa ja yang aku buat sebab Allah saja yang perlu tahu.
Kita selalu lupa yang sebenarnya apa yang ada di dunia ini pinjaman sahaja. Bila kita mati tinggallah semuanya di dunia ini. Bila kita ada suami, isteri dan anak2 itu semua pinjaman sahaja. Bukan apa, ada orang pernah cakap kat aku, "rugi tau tak kahwin". Tengok aku dah ada anak 3. Yang sulung dah sekolah darjah 4 (contoh). Tapi kita memang selalu lupa itu semua pinjaman. Sekiranya Allah ambil balik maka tinggallah kebahagiaan yang kita kecapi selama ni dan yang dicanangkan kepada orang. Dan sekarang Allah angkat kedukaan kita plak. Note: Isteri Shahar tak pernah cakap macam tu kay. Jangan dibuat andaian bukan2 plak.
Apapun kita ni milik Allah s.w.t. Cukup itu. Aku sangat bersyukur walaupun aku takder suami dan anak2 tapi Allah bagi aku kebahagiaan melalui jaga mak aku. Aku tak baik mana pun, selalu jugak bertengkaq ngan Makyah tapi aku rasa Makyah sayang aku (hahaha: perasan). Kebahagiaan itu pun sementara, aku pernah cakap kalau Allah nak jemput, biarlah jemput aku dulu sebab nanti Makyah boleh tolong bacakan yasin untuk aku sebab Makyah ada banyak anak dan cucu untuk bacakan yasin untuk dia tapi aku ada dia ja. Dan of course kata2 itu dia tak suka dengaq tapi aku rasa terkesan di hati. Sebab dia kata kalau malaikat maut mai jemput dia, dia kata dia nak habaq kat malaikat maut ambik aku sekali (bergurau kasar anak beranak). Aku pun tak ingat macamana scene ni boleh terjadi tapi aku tau aku la punca sebab aku kan suka snagat provoke dia.
Ok, nak berehat sebab mata dah pedih terlampau. Aku MC sebab sakit mata....tatattaa
No comments:
Post a Comment