Ads @ ACHIQUE


Thursday, December 31, 2009

Pertemuan detik yang menggembirakan tapi..........



31 Disember 2009.
Khamis
5.30 petang


Angin yang tak berapa sepoi2 bahasa dan panas yang agak terik walaupun hari dah makin petang telah menyaksikan rakan taulan bermaafan sambil menitipkan kata pesan buat sang teman.


Seorang dari senarai teman akan berpindah ke selatan tanahair, berpindah demi untuk bertekad menjadi anak yang solehah sambil meneruskan perjuangan cita-cita yang belum selesai.


Ai tak bape ada mood nak menulis panjang (mata masih berkaca2 bergenangan air mata), biar gambar berkata2 kali ni.



Tahun 2010, Rahmah akan berpindah dari Utara ke Selatan tanahair. Mengenangkan sahabat susah senang di Utara, gundah gulana dan berat hati nak berpindah tapi mengenangkan ibu tercinta lebih memerlukan bakti seorang anak, sang anak mengalah buat ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan.



Sesi peluk-memeluk sambil memerahkan mata. Aku sedih ni Rahmah. Sorang2 kawan aku pindah, aku nak pindah mana lak??? Umah dah berdepan ngan tempat keje, alasan apa nak bagi kalo aku nak pindah.



Rahmah (no. dua dari kiri), sebak menahan tangis. Kawan sekeliling tupun dah siap lap air mata kering2 b4 bergambar. :))



Ko jangan nangis lelebih rahmah, kang banjir Commerce Dept ni.




Simpan duit bebanyak tau dalam tabung ni. Nanti aku sampai kat Melaka, aku roger hang, jangan lupa banjer aku kat tempat yang besh.



Dedikasi khas buat Rahmah:

Setiap kali aku pandang hang, aku rasa bersalah sebab aku pernah tertinggi suara masa tanya pasal markah PB untuk polibriged. Apatah lagi waktu tu hang tengah makan nasi kot kat kampung. Sampai la, aku ingat dan aku tetap rasa bersalah walaupun dah banyak kali minta maaf. Dan demi itu aku mohon ribuan ampun dan maaf sekali lagi kat hang. Sungguh2 aku minta maaf dan maafkanlah aku di atas semua kekhilafan perbuatan dan pertuturan aku yang mengguris hati hang. Sesungguhnya aku ni selalu dalam kealpaan, terlupa dan tidak pandai menjaga hati seorang kawan.

Dan sepanjang perkenalan kita, aku nak berterima kasih sesangat kat hang tolong jaga aku kat PTSS tahun 2006. Masa tu aku demam panas sampai tak bleh bangun. Thanx tolong jelum (basahkan towel letak atas dahi) untuk aku. Sepanjang hidup aku, masa kat PTSS tu yang aku demam teruk sampai tak leh nak drive. Memang terbaring ja sampai nak makan pun tak lalu, nak bangun pun gagahkan diri ja. Aku tau walau segunung ucapan terima kasih tak bleh nak balas jasa baik hang sepanjang malam jaga aku, hanya Allah sahaja yang boleh membalas semua kebaikan hang kat aku. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kau permudahkanlah urusan sahabatku, berkati dan rahmatilah dia dengan nikmatmu Ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails