Assalamualaikum...
Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1435 Hijrah.
Selamat menyempurnakan ibadah korban dengan ikhlas dan semata2 kerana Allah s.w.t. dan supaya kita bersama2 menghayati maksud ibadah korban dengan sebenar2nya.
Dlm hidup ini penuh dengan pengorbanan demi pengorbanan.
Pengorbanan mak dan ayah untuk membesarkan anak yang diamanahkan oleh Allah.
Pengorbanan suami kepada isteri
Pengorbanan isteri kepada suami
Pengorbanan anak2 (sangat dituntut) terhadap ibu dan ayah
Pengorbanan kita terhadap agama, bangsa dan negara.
Fikirkan dan tanyakan apa yang telah kita sumbangkan bukan apa yang orang dah sumbangkan kepada kita.
Aku secara khusus masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Banyak lagi pengorbanan ke atas diri ini yang dituntut
Berkorban masa tidur untuk bertahajjud
Berkorban nafsu makan supaya dapat berjimat untuk bersedekah
Berkorban masa online untuk mengaji Al-Quran
dan pelbagai lagi
Semoga Allah sentiasa membantu untuk merealisasikan impianku.
Ameen
Gambar: ihsan google
http://ijoks2009.blogspot.com/2011/11/gambar-sultan-kelantan-sembelih-lembu.html
No comments:
Post a Comment