Ads @ ACHIQUE


Monday, January 11, 2010

Friday Nite Fever

Salam semua,


Selalunya apa xtvt uols petang Jumaat lepas opis hour? Kalo ikut rutin ai, balik umah, chit chat ngan makyah, makan, tgk tv, men game, bohsan n terus tido.


So bila Oya dan Kak Zah ajak p makan 'celup-celup' kat Penang, ai terus setuju. Bukan senang nak dapat offer cenggitu n my parents bagi. Sangat mengada seolah macam 'gadis sunti' belasan tahun. Walhalnya..........


Dalam kol 6 bergerak p Penang ngan keta Oya. Harus Oya yang drive, kalo bagi ai yang drive makanya lepas Isya' pun belum tentu sampai. Oya sangat terer jalan Penang sebab map Pulau Pinang dia dah khatam banyak kali :))



Ni on d way nak p umah Kak Zah. Kak Zah balik umah dia dulu kat Penang. Kami menyusul kemudian. Sampai umah Kak Zah, tukaq naik Rush lak. Kak Zah lak jadi driver, ai n dba menten jadi penumpang berhemah. (^_^")


1st check point, Padang Broom. Tujuan, makan celup2. Ai have no idea what is celup2 until sampai kat sini. And this is the 1st time, i'm here. Walaupun anak jati Penang dan dah 33 thn, tapi sejujur-jujurnya this is the 1st time ai jejak kaki kat Padang Broom nih. Korang nak gelak pun, gelak dalam hati ja jangan gelak kuat2. Ai sangat malu tau!


Dah kata 1st time mai, saya yang sangat jakun tak melepaskan peluang bergambar sebanyak mungkin. Kitorang makan kat gerai Majid. Oya dan Kak Zah sajes gerai ni sbb depa kata kat sgt marveles dia punya celup2.



Beginilah rupanya makan celup2 tu. Walaupun ada banyak ball2 yang diletakkan atas meja tuh, kita pilih yang mana nak makan dan celup masuk dalam air panas tu. Lidi dia jangan buang, sebab berapa kita makan akan dikira dari bilangan lidi yang isinya telah licin masuk ke dalam perut. Ada 2 jenis kuah, 1 kuah manis dan 1 kuah pedas. Kalo campur kedua2 kuah tu, rasa dia akan jadi super marveles. Memang sedap. Kami 4 orang makan 27 cucuk jer, sbb masing2 diet....hahahaha. 27 cucuk goes tu celup2. Xtra menu, ada sate dan 2 pinggan kuewteow goreng. So diet lah sangat kan!!X!!



2nd checkpoint, Hard Rock Cafe. Yang ni logik la kalo ai kata 1st time ai sampai sebab dia baru officially bukak pada 09/09/2009 kat Penang.

Depan tugu Micheal Jackson dan Hard Rock Guitar.


Depan kedai souvenir, Rock Shop.


Lokasi: Lobi Hard Rock Hotel.


Dekat entrance lobi. Pak Guard tu kata kat sepatutnya kita akan nampak perkata Hard Rock dekat cahaya lampu tu tapi sebab dalam proses maintenance so takder la. Nampak cam bintang bercahaya, lagi menunjukkan kejakunan ai. Sampai kat lampu gitu pun nak amik gambar. Tapi biarlah, itu kan kamera ai so suka ati ai la nak amik gambar kat ner pun...........wakakakaka.


3rd checkpoint: Night Market Batu Feringgi . Kat sini ada banyak benda dan sepanjang jalan ada dijual barang2an. Korang nak apa? Baju, perhiasan rumah, selipar, kasut, bundle? Kalo taknak lenguh kaki berjalan, make sure tau nak beli apa so boleh menuju terus ke tempat tujuan. Kalo tidak mau tercabut kaki nak tawaf sepanjang night market tu. Tujuan ai, nak beli CD Korea. 1 piece RM4. So kalo cerita tu ada 4 CD maksudnya RM16. Ai salah faham ingatkan RM4 untuk satu cerita rupanya sekeping CD dicaj RM4. Kalo beli sepuluh keping CD, dapat 1 free. Ai dan Oya beli 24 keping CD (ada 6 drama korea, 1 drama = 4 CD) so bayar 22 keping jelah sebab lagi dua dapat free (diskaun).


Thanx Kak Zah, Oya n dba nak bawak ai yang sangat jakun ni p jenjalan malam tu. Kalo nak p lagi jangan serik ajak ai sekali tau.


p/s: Ai tak pasti dah bayar lom kuew teow goreng tu, sapa nak p makan kat situ, ai nak kirim duit tolong bayaq kat kakak kuew teow tu. Moral of the story, makanan sampai terus bayaq duit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails