Kalau nak belajar Statistik atau Cukai, sila masuk kelas. Kat sini tempat ai menulis apa yang ai nak tulis
Ads @ ACHIQUE
Monday, January 04, 2010
Demi Cinta (^_^)
Cinta membawa maksud yang luas. Cinta kepada Maha Pencipta, Negara, Ibu Bapa, Sahabat, Ilmu dan pelbagai kegilaan cinta yang ada dalam dunia ini. Tapi hari ni ai nak membincangkan cinta antara manusia, lebih kepada cinta adam dan hawa.
'Cinta mempunyai pengaruh yang khas di dalam kehidupan manusia. Cinta itu buta. Cinta itu tidak bermata. Cinta itu indah. Cinta itu racun. Cinta itu penawar' (Fatimah Busu, 2008).
Apa yang sanggup dilalui demi cinta???
Ada yang sanggup bermatian mendapatkan cinta yang diingini, yang dipujai siang dan malam. Selepas diperolehi cinta itu, maka dibelai, dibajai agar wangian cinta mengharumi taman kehidupan. Bertuahlah mereka yang dapat memperolehi cinta yang diidamkan, maka peganglah cinta itu dengan kuat agar tidak terlepas dari jangkauan.
Ada yang sanggup berkongsi kasih kerana merasakan cintanya yang asli lagi sejati hanya untuk si dia yang sudah berpunya. Minta dijauhkan penyakit cinta yang macam ni melekat kat ai. Kadang2 cinta yang tidak bermata ini menyebabkan ada pihak yang kecewa, terguris hati dan perasaan. Maka demi membina sebuah kebahagiaan, ada kebahagiaan lain yang terpaksa dikorbankan.
Ada cinta yang bahagia apabila melihat yang dicintainya bahagia. Biar dia derita dan sengsara mengenangkan cintanya yang tak kesampaian. Namun bila melihat yang tersayang, yang sekian lama bermukim di hati bahagia bersama orang dipilih untuk hidup di sisi maka bahagia itu juga terpercik kepadanya. Rahsia Yang Maha Pencipta sangat luas, hanya ditakdirkan mereka bertemu, berkongsi kasih dan sayang hanya sebagai sahabat bukanlah sebagai teman sehidup semati. Redhalah hati kerana pasti ada hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Ada yang mencintai tetapi tidak dapat memiliki. Namun enggan jua melihat san pujaan hati dimiliki insan lain. Tidak sanggup untuk berkongsi kasih. Kerana dia tidak dapat memperolehi pujaan hati maka yang lain juga tidak perlu mendampingi. Maka bahagiakah sang pujaan hati? Bukankah cinta itu bahagia namun cinta juga boleh menderitakan...
Hidup ini perlu banyak memberi untuk memperolehi. Redha atas apa yang berlaku dan ikhlas dalam memberikan kasih sayang kepada setiap yang bernyawa di muka bumi ini. Tapi bukan senang untuk memberi dan mendapatkan keihklasan. Kadang2 nampak baik tapi berpura2, namun yang berpura2 itu senang untuk nampak baik (fahamkah????). Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang difikirkan oleh setiap umatnya. Berdoa agar kebenaran akhirnya muncul kerana yakin dengan qada' dan qadar itu adalah kewajipan. Insyaallah lambat atau cepat pasti kekusutan cinta akan terlerai. Doa, Usaha dan Bertawakkal atas sesuatu kerana Allah ada jawapan atas setiap perkara yang terjadi.
p/s: Terima kasih kerana pernah mewarnai hidup ini...tidak pernah wujud sesalan akibat pertemuan namun bersyukur kerana pernah dipertemukan.....minat, sayang, kasih dan cinta adalah istilah yang hampir sama namun berbeza.....ai pasrah......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cik..awat ni..
ReplyDeletemcm sedih ja bunyi nie??
:))
Mana ada bunyi sedih Fiza, saya tulis tu bukan nyanyi....hehehhe...saja jer nak berkarya. Awat saya nak komen kat Fiza nyer blog takleh. Dah dua kali try. Takpun bubuh chat box kat tepi senang saya nak tulis apa2
ReplyDelete