Ads @ ACHIQUE


Wednesday, January 06, 2010

Tolong Jangan Cari Pasal

Ramai yang tertanya2 asal 2 entri sebelum ni macam takbleh blah. Takder pe pun. Saja ai nak menggilap bakat menulis setelah lama berhenti. Last wat sajak sekolah menengah tingkatan tiga dulu. Dah hampir 17 tahun weeeiiiiii......


Jom, ai nak meraban panjang kali ni. Readyyyyyy.....................gooooo...................


Weekend ritu, anak my kazen kawen. Wajib la pegi. Masa bertunang, ai tak berkesempatan nak p sebab bz wat proposal untuk interview nak sambung belajar (tapi tak dapat pun!!!). So masa makan n sembang (apa lagi nak buat masa kenduri, makan n gosip la!!) dengan penuh khusyuk lagi tawaduk ada la sorang kazen ai mai join meja kami. My kazen ni dah berpangkat 'tok' sebab dah ada 5 orang cucu. Bleh masuk kategori tok nenek la....tapi mulut ada sket sentap.


Alkisahnya dulu anak dia tanak blaja, SPM pun tak amik. Macam ada tekanan jiwa sket. Tapi alhamdulillah budak tu la ni dah sambung kat satu IPTA di Malaysia ni. Dia dok sibuk canang, yang anak dia pandai, semua subjek dapat A, satu ja A-.....bagi ai alhamdulillah anak dia dah sihat fizikal mental. Tapi budak ni mmg bagus, jenis hormat orang tua n ringan tulang. Masa yang dia 'sakit' tanak blajar dulu hanya Allah dan dia saja yang tahu sal apa dia jadi macam tu.


K, dipendekkan cerita, Makyah sorang ja yang respon pada cerita kazen ai ni, yang lain wat donno ja. Pastu dia sempat bagi ceramah kat Makyah lak:

Makyah: Bagus la dia (refer kepada anak kazen ai yang dicanangkan kata terer tu) dah baik la ni, blajaq pun baguih.

Kazen: Kita ni kena mintak kat Allah. Kalo mintak selalu mesti dia bagi. Maktam (refer kepada Makyah) pun kalo mintak seminggu direct mesti ada orang mai masuk aaaihhh....sambil mulut menjuih ke arah ai.....


Masa ni, ai dah sentap, ko tengah cakap sal apa, anak ko ker cakap sal aku??????? Rupanya dia sajes kat Makyah soh wat solat hajat seminggu direct tapi kalo nak lagi berkesan wat 40 hari tak bleh nak selang2....maksudnya tiap2 hari kena bangun tengah malam, wat solat tahajjud n hajat untuk ai. Cadangan ni sesuai untuk orang yang dah menopaus, kalo lom ko wat seminggu tetiba peyed kira invalid. Kena start balik.


Masa ni, ai dah panas telinga. Dia ingat dia sorang ja yang pandai bangun solat tengah malam, dia ja yang buat amal ibadat, dia sorang saja yang pandai berdoa. Letih la nak bagi orang macam ni paham. Rezeki tak sama weeeiii. Anak ko rezeki dapat semua subjek A, rezeki ai takkan ai nak canang satu Pulau Pinang.


Dalam umur 33 tahun (ikut bulan sebab ai bulan Nov so tak masuk lagi 34), memang la orang kampung, adik badik even PakDaq n Makyah pun ada bising sebab tak berlaki lagi. Semalam, Timbalan Pengarah (TP) ai pun ada tanya bila ai nak kawen. Dia kata kat tempat keje ai pun ada banyak calon. So ai kata, yang available tu pucuk muda, takkan nak kat ai yang 30-an ni. Dia kata, ramai yang kawen dua, so usyar la sapa yang nak buka cawangan (nak tambah bini lagi satu).


See, semua orang nak tengok ai bertukar status ja. Dari title 'bujang' kepada title 'isteri'.Lepas tu, apa jadi kat ko, ko tanggung la sendiri. Ai tak paham, kenapa title ai as 'bujang' ni jadi kudis kat depa. Ai tak penah mintak orang tanggung hidup ai, makan minum, baju, tudung, suar, skirt, duit keta, bulanan insurans, duit berpoya2, ai mampu tanggung sendiri. So apa masalahnya? Untuk kazen ai tu, setahun bleh bilang ngan jari baper kali jumpa, tapi sekali jumpa tak penah tak sakitkan hati ai. Jangan hati ai masa sedih terdetik doa yang bukan2 udah sebab doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Macam teraniaya sangat...dush...dush...tumbuk pipi sendiri laju2. Tapi betul, dulu ada sorang hamba Allah ni, sindir ke melawak ke ai tak pasti, tapi pasal jodoh jugak. Dan masa tu, emosi ai sangat sedih n terkuar kata2 "Dia gembira sekarang leh perli aku macam2 tapi dia tak tau bila pula Allah nak angkat kesedihan dia". Bila tgk dia asek ditimpa masalah demi masalah sekarang, ai plak rasa bersalah. Bukan nak kata doa ai sangat makbul, tu semua ketentuan dari NYA. So untuk mengurangkan rasa bersalah, sampai la ai doakan kebahagian hamba Allah tu. Moga Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan dalam urusan hidupnya.


Korang ingat, ai ni saja2 tanak kawen. Ada nampak orang berbaris kat umah ai siang dan malam nak masuk meminang???? Ada???? Kalo ada, wajib la korang kata ai ni memilih tapi kalo takder cemana nak pilih. Pilih anak kucing yang dok main kat halaman umah????Ai rasa semua wanita berimpian ada family, ada hasben untuk berkongsi susah senang hidup, ada anak sebagai penyeri. Nak p kenduri pun tak segan sebab ada teman n bleh kenalkan kat orang, nilah hasben saya, tu plak anak sulung, tahun depan masuk darjah 1. Kalo hidup ni macam pilih jawapan A, B, C, D kat kertas OMR tu, dah lama ai pilih pilihan yang terbaik tapi kita ni sebelum diberi nyawa, telah ditulis macamana perjalanan hidup yang akan kita tempuhi dari mula keluar dari perut ibu sampai la masuk ke liang lahad.


Tapi kita kena usaha, doa n tawakkal. Rezeki setiap manusia tak sama, macam tu juga dugaannya. Timbalan Pengarah ai kata dulu masa berkawan kat universiti ai tak pandai nak jaga bopren elok2 sebab tu dia kawen ngan orang lain. Kalo ai tau dia nak kawen ngan orang lain, masa dia confess kata dia suka kat ai, masa tu jugak ai bawak dia jumpa tok kadi. Selesai kat situ jugak, wat kenduri biskut empat segi cicah teh 'o' n doa selamat jer. Dah duit sesen pun tadak tapi nak kawen jugak. Masalahnya kita pun tatau Allah nak tetapkan cemana kehadapan kelak. Korang tau ka lagi 2 jam dari sekarang apa nak jadi? Kalo kita tau apa nak terjadi di masa hadapan, kot2 kalo mandi sungai tau nak lemas, mesti tak p cari nahas main kat sungai hari tu.


Rukun iman yang keenam, apa dia????? Percaya kepada qada' dan qadar. Allah dah letak hidup ko bagus, lengkap serba serbi tak payah la nak sindir orang tak tentu pasal. Rimas tau kalo mulut jadi macam makcik2 yang gosip kat kenduri kawen, sambil bercakap menjuih mulut. Kadang2 heran ngan makcik ni, diorang blajar agama, siap berkitab. Baca Al-Quran khatam berkali2 dalam bulan Ramadhan tapi tang rukun iman yang keenam tu tak diyakini betul-betul. Ai dah penat membebel tapi ai nak confess something ---------------->

Ai soka ngan status ai sekarang ni. Takder masalah pepun, walaupun ai tak dapat berkhidmat (ingat khidmat masyarakat ka) ngan hasben tapi ai still dapat berkhidmat ngan both of my parents.

Ai malas nak dengaq ayat 'hang tatau best wooo kawen, nyesal aku kawen lambat'. (statement masa tengah honeymoon).

La ni setelah bertahun kawen, 'hasben aku tu tak paham aku, kalo wat decision apa2 tak penah nak bincang ngan aku. Tup, tup gitau plan dia yang dah muktamad' atau 'aku penat la, hasben aku tak penah nak tolong hal rumah tangga. Dari A to Z semua aku buat'.


Dulu bukan ko ker yang kata kawen tu besttt????????????

3 comments:

  1. yoyo.. 1st.. aku nak tolong lempang timbalan pengarah ko tu.. 2nd.. diorg tu semua kuarkan contoh2 soalan org tak beriman.. hehe.. abaikan je.. bahaya kawan dgn cam gituh.. hehe.. (dia lupa time dia derita/merana tp biler bahagia je dah eksyen).. 3rd.. yg penting kita yakin akan janji Allah.. ikut sunnah Rasulullullah n berbakti pd ibubapa.. matlamat 1Dunia kan nak selamat dunia akhirat.. i lap u.. (teka la sapa ai! hehe..)

    ReplyDelete
  2. I lap u toooo....kalo u, takyah ai teka, dengaq bunyi tapak kaki pun dah tau sapa...hehehe

    ReplyDelete
  3. X pe la cik...byk2 kan bersabar....mulut org maner leh tutup kan....jodoh pertemuan ajal maut kan dah ditentukan...kita berserah je la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails