Ads @ ACHIQUE


Wednesday, December 29, 2010

Yang rajin akan menang?


Benarkah yang rajin akan menang?
Yang sangat 'rajin', apa pula nasib mereka?

Ahad lepas, ai nak buka laci sebab nak cari dokumen yang disimpan tapi bila dicari tak dijumpai (hilang dalam simpanan)...^_^

Tapi apa yang mengejutkan...laci itu sukar untuk dibuka....bila ditarik dengan kuat, maka isi perut laci kelihatan...bukan lagi dokumen tapi anai2 dah bersarang.

Uols kenai ke anai2???

Ni la rupa anai2


Depa wat keje sangat cepat. Dalam masa 2 hari pun dah bleh wat sarang dalam almari or apa sahaja kayu yang boleh dimakan. If rumah uols menggunakan kayu jati, merbau or kayu balak yang bermutu tinggi, yang tu agak lambat sket. So sekiranya rumah anda mempunyai kabinet dapur atau almari yang diperbuat daripada kayu getah atau habuk kayu maka berhati2lah. Tambah2 bila hari hujan. Make sure check selalu sebab anai2 sukakan persekitaran yang lembab.


Masa ai jumpa anai2 dalam almari tu, Bangah belum balik Bangi. So bertungkus lumus cari kesemua laluan anai, bermula dari almari sehinggalah rak2 barang dalam kedai abah yang dulu. Memang banyak kayu2 yang dah dimakan anai2. So apalagi, operasi menyembur ridsect (tindakan kecemasan). lebih kurang 6 botol ridsect nak bunuh semua anai2 tu. Pastu kosem balik so semua rak barang dalam kedai abah, kena angkut dan dibakar. Dulu masa arwah abah ada, dia akan check dan jaga pasal anai2 ni. Ai tak pernah ambil tahu. So malam tu dah dapat info dan pengajaran dari Bangah cara nak mengatasi anai2.

Racun anai2 boleh dibeli di kedai racun. Uols dapatkan penerangan daripada tokey kedai tu, dan balik boleh praktiskan. Jangan lupa untuk check keesokan harinya, mana tau masih ada sisa anai2 yang tertinggal. If ada, dalam masa dua hari, dia boleh membiak beribu dan berjuta kembali.

Baju Makyah pun dah kena gigit. So lepas ni kena beli baju baru untuk Makyah. huhu.....





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails