Assalamulaikum...
Bab 1
Dlm entri Pelupa Di Usia Muda, student aku, Norsiha tanya amalan2 untuk kurangkan jadi pelupa selain dari amalan doa kepada Yang Maha Esa, solat, baca al-quran dan puasa.
Aku rasa, aku tak layak kot nak citer tentang bab ni sebab aku pun pelupa tahap gaban. Memori aku makin lemah sekarang ni. Cumanya apa yang aku amalkan kalau tentang barang rutin contohnya jam dan kunci kereta, kunci rumah adalah khaskan tempat untuk letak barang2 tu. Contohnya balik jer keje, simpan kunci dalam bekas kunci dan masuk bilik dulu untuk letakkan jam, brooch dan segala perkara yang penting. Letak 1 tempat. Amalkan dan disiplin, insyaallah kes kunci hilang, jam tangan cari tak jumpa akan selesai. Ni aku praktikkan dan berjaya 90% sebab kalau aku tak buat mmg gelabah la nak cari pagi2.
Untuk latih memori, Nabi Muhammad s.a.w. ajar kita untuk muhasabah diri sebelum tidur kan? Yang ni jugak latihan untuk kuatkan memori. Cuba ingatkan seharian tu, kita buat apa. Exercise ni, aku mmg tension sebab ada jer part yang tertinggal. Bab 1 terus lompat Bab 3 sebab Bab 2 tak berapa pasti apa yang aku dah buat. Tapi dalam seminggu berlatih, makin boleh ingat. Cumanya aku ni pantang jumpa bantal. Tido nyenyak terus. Sempat baca bismillah, Mengucap dan selawat. Terus lelap.....
Harap boleh membantu Siha ya.
Bab 2
Kurus! Cantik! Aku rasa dua perkataan ni sinonim dengan perempuan @ wanita. Semua nak kurus dan cantik. Aku start keje dengan berat 60++kg. Naik dan terus membesar bagai johan sehingga 72 kg. Tahun 2007, aku ada simptom takbleh makan. Bila makan, muntah. Especially makan nasi. Makan je muntah. Muntah hijau plak tu. Seksa bila muntah. Untuk elakkan muntah, aku elakkan makan. Pagi aku bleh ambil breakfast yang ringan2 ja. So aku start kawal nafsu makan. Walaupun dah baik dari simptom muntah2, aku teruskan jugak pemakanan tanpa nasi. Makan masa weekend or kenduri tapi nasi ambil dalam kuantiti yang sedikit. Setahun pola pemakanan aku macam tu, berat turun jadi 62kg. Aku boleh pakai kebaya saiz M. Aku takder gambar cekak kat pinggang nak tunjuk sebagai bukti.
Sekarang jangankan saiz M, saiz XL pun belum tentu muat. Pertengahan bulan Mac, berat aku 76kg. Lepas tu aku terus anti dengan penimbang, so dah tak timbang2 lagi. Berat sekarang aku taktau tapi aku tau yang aku berat gila sebab bila berjalan mengah, dan mula sakit tumit bila banyak buat aktiviti. Lagi satu bila sujud lama, aku dah sesak nafas. Tension.So aku tau aku kena kurangkan berat.
Macam mana nak kurangkan berat, terpulang kepada tuan punya badan. Aku tak aim sebulan turun 4kg. Sebulan 1kg pun dah ok. Sekarang aku dah tua, buah pinggang, hati dan organ dalaman kena jaga. Banyak pengambilan ubat akan menyebabkan hati dan buah pinggang rosak. So no pills, lagipun HB aku rendah. Pemilihan pemakanan yang tepat adalah sangat penting.
Awal tahun ni, Makyah nak try air 3 rasa. Aku taktau korang pernah dengar ke tak tapi kat kampung aku femes la air 3 rasa ni. Satu set RM13 - RM15. 10 hari aku dok bawa Makyah p minum air 3 rasa tu dan Makyah kata kaki dia dah hilang lenguh2. Aku pun dah rasa perubahan jugak. Selalunya masa aku drive balik keje mmg ngantuk tahap gaban. Tapi lepas ambil air 3 rasa tu, aku tak ngantuk dah masa driving. Selidik punya selidik, rupanya air 3 rasa tu adalah set HERBALIFE. Aloe Vera, Teh (Hibiscus + Lemon) dan F1 + F3. Disebabkan Makyah serasi aku pun beli set HERBALIFE ni. Makyah ada diabetes dan darah tinggi so aku tanak suppelement yang boleh menyebabkan dia pening sampai seminggu sebab ada tindak balas dalam badan. Makyah punya darah tinggi pernah cecah 150/200, so untuk ambil risiko macam2 aku tak berani. Silap haribulan pembuluh darah pecah boleh stroke. Nauzubillah.
Bila Makyah ambil herbalife, aku pun ambil juga. Yang paling aku suka adalah teh dia. Minggu pertama aku minum memang kerja aku sendawa dan kentut jer. Mmg buang angin betul tapi kena minum dgn air suam. Satu set Herbalife tu tahan untuk sebulan, harga untuk ahli lebih kurang RM300++. Tapi start minggu ni, aku decide tanak ambil sebarang produk. Biar Makyah jer minum herbalife tu. Aku start pagi2 blend air buah. Air buah ni boleh kenyang sampai tengahari. Aku rasa bukan masalah lapar tapi nak tahan nafsu untuk makan.
Dan sememangnya aku tak pernah percaya dengan slogan ubat kurus, TANPA LAPAR DAN SENAMAN tapi anda boleh kurus! Kuruslah dengan cara yang sihat! Ada sorang ustaz kata, kenapa kita makan dengan banyak dan kemudian kita cari produk untuk buang apa yang kita dah makan. Itu namanya membazir. Makan apa yang perlu dan buang apa yang perlu. No cost involved. Exercise penting untuk pengaliran oksigen ke dalam badan. Tak perlu nak p gym atau aerobik. Korang cari dalam youtube. Exercise apa yang korang nak? Zumba dance? Qigong? Taiji? Berlambak dalam youtube. Semua itu boleh membantu.
Target hujung tahun, aku capai 70kg pun dah ok. Aku nak sihat dengan pemakanan yang seimbang bukan diet yang bukan2. Ada kawan aku kata, kalau dia makan banyak, dia akan rasa bersalah pada diri sendiri. Sebenarnya kita zalim pada diri sendiri, bukan dengan orang lain. Aku berkata untuk mengingatkan diri sendiri. No heart feeling.
salam cik, saya baca dah dan fahami serta pelajari dan amalkan seperti cadangan cik tu... trimas banyak2 yerk sudi berkongsi rasa dan pandangan dengan saya.. lupa ini masih lagi bermastautin di hati saya, tp xapa rasanya bukan saya je timbul masalah lupa ni kot..klu dah lupa dan patah balik memang payah boleh buat kita gelabah... terima kasih , semoga hari esok buat cik lebih baik dari sebelumnya... nite :P
ReplyDelete