Ads @ ACHIQUE


Sunday, October 25, 2009

Soalan itu Lagi

Sesungguhnya hidup kita tak akan sepi dari masalah. Dan mulut manusia tidak akan berhenti bercakap selagi diberi peluang untuk berbicara. Cuma bicaranya adalah demi kebaikan atau omongan kosong atau sekadar melukakan hati seseorang.

Aku sedar hidup bersendirian tanpa membawa status isteri adalah sesuatu yang agak memusykilkan@menghairankan di usia 30-an. Maka keluarlah pelbagai teori dan mengapa aku masih bersendirian sehingga ke hari ini. Teori2 yang selalu diperkatakan:-

1) Terlalu memilih calon suami.
Pendapat seorang pakcik: "Yalah dia belajar tinggi, kerja bagus takkan nak kalo ada kerani cabuk yang masuk meminang"

2) Tak laku maksudnya tiada orang nak jadikan menantu atau isteri atas sbb tertentu

3) Terlalu garang sehinggakan tiada lelaki yang berani nak dekat.

4) Lebih mementingkan kerjaya

5) Takut kepada alam perkahwinan berdasarkan pengalaman kawan2 yg gagal di alam rumahtangga

6) Sombong sangat....

7) Asyik tolak pinangan orang...ntah2 ada orang pagarkan. Maksudnya ada orang bomohkan supaya tak kawen sampai mati...

8) Mak ayah terlalu mengongkong kot atau memilih calon menantu.

Ironiknya mulut manusia itu tidak boleh ditutup jadi biarkan mereka berbicara. Jika masih boleh tersenyum, aku akan cuba senyum takpun aku menjawab sepatah dua. Kerana jika diperjelaskan sebagaimana rupa sekalipun mereka akan tetap dengan pendirian dan jawapan yg ada di fikiran mereka. Memang sukar utk mengubah tanggapan orang lain.

Kadang-kadang manusia itu lupa, untuk apa tujuan kita dijadikan oleh ALLAH swt. Sudah tentu penciptaan manusia ada tujuan tertentu. Allah menjadikan kita bukan untuk sia-sia sahaja. Sudah tentu juga tujuan hidup manusia itu sendiri mengarah manusia kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal dan bukannya untuk kehidupan di dunia yang tidak kekal ini. Sebahagian Ulama' telah menggariskan empat tujuan kehidupan manusia di dunia ini.

1. UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SAHAJA
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka BERIBADAH kepada Ku. (Az Zariyat 51:56)

2. UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi... (Al Baqarah 2:30)

3. UNTUK IQAMATUDDIN (MENEGAKKAN DIEN)
Dia telah mensyariatkan kepada kamu tentang Dien apa yang telah diwasiatkan Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIEN dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya... (Asy Syura 42:13)

4. UNTUK DIUJI OLEH ALLAH
Maha suci Allah yang ditangan Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk 67:1-2)

(dipetik dari


Setiap wanita ingin disayangi dan dicintai. Juga mengimpikan rumahtangga yang bahagia di samping suami dan anak2 sebagai pelengkap kepada kehidupannya. Namun rahsia ketetapan hidup adalah milik Allah swt. Ada seorang pakcik ni pernah cakap kat aku yang aku ni ada sket perangai pelik:

"Lelaki selalunya akan dapat tahu sekiranya ada perempuan minat atau suka kat dia. Tapi dia ni (merujuk pada aku) lain sket, kalo dia suka pun lelaki tu tak kan tahu". Maksudnya aku sgt pandai cover line la kan.

Aku percaya apa pun sebabnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik utk aku. Bukan tak pernah mengalami perasaan mencintainya atau dicintai tetapi hakikat cinta yanng hakiki adalah milikNYA yang MAHA KUASA. Sekiranya dia mengkehendaki ada hijab di antara kasih sayang antara aku dengan si dia maka aku redha. Sekiranya yang didamba hati tak mengerti perasaan ini maka itu juga ketentuanNYA. Kita boleh menulis 10 mukasurat sebab dan alasan mengapa itu dan ini terjadi namun tahukah kita bahawa ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

Pernah terfikirkah apakah hikmah Allah meletakkan sesuatu kegagalan dan kejayaan dalam hidup kita. Jika kita bermuhasabah tentang perjalanan hidup ini pasti kita bersyukur atas setiap nikmatNYA. Kenapa aku dapat mengajar di negeri kelahiranku sedangkan kalau boleh aku nak posting tempat yang jauh sbb nak adventure. Tetapi sekarang baru aku faham, bahawa itu yang terbaik kerana kerjaya aku menyinar disini. Lagi pula ketika dan saat ini hanya aku anak yang tinggal bersama kedua orang tuaku. Disamping mereka ada untuk aku, aku juga ada untuk sakit dan pening mereka. Bukankah itu ketetapan yang indah tanpa kita ketahui perancanganNYA pada mula.

Maka bersabar atas setiap kata dan nista yang dilemparkan...sama ada istilah tak laku, memilih atau andartu...sabarlah sbb ada ganjaran yang manis di atas setiap kesabaran. Walaupun kadangkala hatiku pedih dan terhiris dan sedikit mengamuk namun apalah daya kerana aku manusia biasa. Jalan pintas yang tak berapa bijak apabila berhadapan dengan sekumpulan lelaki atau orang tua, aku mengaku jer yang aku dah berkahwin. Mudah untuk bekerja sbbnya kalau tidak tak habis2 ditanya mengapa dan kenapa. Lagi satu bila? Sesungguhnya manusia itu hanya merancang namun Allah jua menetukan.

Mak kawan aku penah bertanya, tak pergi berubat ker? Dan sekiranya benar kejadian bomoh atau ilmu hitam seperti yang dikatakan, itu juga atas kehendak dan izinNYA. Rasanya tidak perlu diceritakan secara terperinci apa jua usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan. Rukun iman yang keenam...BERIMAN DENGAN QADA' & QADAR. Maka aku bersyukur kerana menjadi hamba yang diuji. Dengan ujianNYA aku sedar kasih sayang ALLAH itu adalah melebihi kebencianNYA.

Walaupun aku diduga dengan lewatnya bertemu jodoh, namun Allah melengkapkan yang lain untukku. Tidak terkurang sedikit pun. Aku dilimpahi kasih sayang dari keluarga sekeliling, aku kaya dgn sahabat handai yang sentiasa bersama dalam susah mahupun senang. Walaupun aku garang, moody, tidak pandai mengambil hati tetapi sahabat dan kawan2 menerima aku tanpa syarat. Terima kasih buat semua sahabatku dari zaman belajar sehingga zaman kerja. Sesungguhnya aku bersyukur untuk setiap sahabat yang dikurniakan Allah kepadaku. Setiap orang nilainya tak terhingga. Aku dikelilingi pelajar dan bekas pelajar yang masih mengambil berat tentang aku sehingga ke hari ini. Aku dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam pelbagai urusan. Hanya satu dilewatkan iaitu jodoh. Masih perlu merungutkah???

Masih ada yang lebih menderita dari aku. Justeru itu aku patut bersyukur dan dengan ujian ini kerana dengan ini aku mula memahami tentang kehidupan.

  • Tak semua orang yang nampak baik itu baik
  • Apa jua yang mahu dilakukan mohonlah petunjuk dariNYA
  • Berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita kerana restu mereka sangat membantu dalam kita menghadapi hidup ini
  • Biar je kalau orang nak kata apa. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh kita dan sedarlah bahawa hidup ini adalah satu putaran roda. Satu jari ditudingkan kepada orang lain, empat jari akan ditudingkan balik kepada anda. Sama ada balasannya lambat atau cepat Allah ada jawapannya. Dan ingatlah doa orang yang teraniaya dimakbulkan oleh Allah
  • Hidup ini sangat singkat untuk dibebani dengan pelbagai masalah jadi nikmatilah hidup sebelum terlewat
  • Positiflah atas sesuatu perkara. Jgn byk fikir yang negatif.

Aku sangat yakin Allah meletakkan aku begini pada saat dan waktu ini kerana ini yang terbaik untukku. Aku percaya atas qada dan qadar hidupku dan aku sentiasa berdoa Allah kuatkan semangatku serta tetapkan imanku dalam agamaNYA dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sebenarnya tiada apa yang mudah bagiku kecuali ALLAH permudahkannya. Juga aku berdoa yang terbaik untuk setiap sahabatku. Rezeki kita berbeza2, ada yang kurang dari satu segi namun dilebihkan bahagian yang lain kerana DIA bersifat MAHA ADIL........


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails