Ads @ ACHIQUE


Friday, October 16, 2009

LAWAK ANTARABANGSA

Cerita 1

Semalam masa ai balik dari keje, sambil bawa kete, ai verangan dapat naik merz cam kete depan...kat depan tu ada tol. Kalo yang dok kat area Prai, tau kot Tol kat Giant Prima Prai yang bleh terus p Butterworth tu. Ai menonong ikut keta depan. Dia lalu kat lorong SMART TAG....ai pun ikut la. Tiba turn ai, ai pun dok tonyoh kad TNG kat scanner tu...dalam hati dok nyumpah....awat la palang ni tak berangkat...ai nak lalu ni...ingat kad aku takder duit???????????Banyak lagi nih, kalo setakat RM1.30 tu...60kali lalu pun tak abis lagi.

Dalam menyumpah2 dalam hati tu, ai tertoleh sebelah kiri, pastu ada Mamat Cina ni naik Merz jugak, dia goyang2kan smart tag dia sambil dok tergelak2 ngan awek dia. Baru la ai perasan ai takder SMART TAG...takat ada Kad TNG ja.....patut la palang tu tak berangkat. Dia tulih kat situ, cant read SMART TAG...dah takder SMART TAG nyer nak read apa...

Malu Jijah di situ, seb baik tak kenal pun mamat Cina tu n ai dah bertekad tak akan lalu di situ selama 40 hari!!!!

Cerita 2
Ingat lagi pakcik teka-teki tu....hari ni dia mai dengan maksud-maksud perkataan yang dipendekkan:
  • ISA - Ikut Suka Aku
  • MAS - Mana Ada Sistem
  • KASTAM - Kasi Aku Sapu, Takdak Aku Mintak
Pakcik ni tak penah kering idea..kalo dok ngan dia asek terkekeh gelak. Dia takder ni, syif malam kot so takder ler tukang lawa kami.

Cerita 3
Ni terjadi masa ai kecik2 dulu. Abah ai ada bela lembu, dan masa tu tengah dok bagi makan ayam. Ada sekoq anak lembu ni, dia pantang tengok orang bagi makan ayam nanti dia mai makan makanan ayam tu. Dah la rumput dia makan, makanan ayam pun dia sapu. So masa setiap kali bagi makan ayam, ai kena tunggu sampai ayam abis makan, takut ayam tak kenyang sbb lembu dok balun makanan depa.

Tengah dok tunggu2 tu, anak lembu tu mai, ai pun amik buah nyioq kering baling ke arah dia untuk kejutkan dia supaya dia takmai dekat ngan ayam2 yang tengah dok makan tu. Tetiba2 kakak ai menjerit:
"Woi sapa yang baling buah nyioq ni kat aku"

Alamak...nak lari mana nih....ai dah silap sasaran!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails