Apa pendapat korang dengan kawen muda? Muda, ai refer sebagai 20 - 24 tahun. Dulu masa ai belajar kat UUM mmg ada kawan2 yang kenal masa matrikulasi dan kawen masa wat degree. Umuq memasing dalam 20 taun. Bagi ai takder masalah pasangan yang nak kawen muda kalo dah bersedia dari segi mental dan tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Masing2 bijak bertolak ansur dlm mengharungi kehidupan rumah tangga.
Yg ai perhatikan selama ini, bila ada yang kawen muda, salah seorang darinya kena bijak merancang terutamanya dari segi kewangan. Ada orang kata "ulat dalam batu pun boleh hidup". Itu ulat yang tak memerlukan duit ringgit nak beli barang. Manusia ni nak masuk toilet pun kena bayar paling kurang 2 kupang (20 sen). Bagi yang mmg harta mak bapak tu tak abes kalo makan 7 keturunan takpa la. Bleh mintak ja elaun bulan2 dari FAMA. Yg mak bapak pun bersengkang mata cari rezeki kena la bijak merancang masa depan. Contohnya member kepada member ai ni, dia beli keta kancil n wat sewa keta dari mula depa kawen. Dari 1 keta tambah ke satu keta so ada la nampak macamana dia jana pendapatan. Ada yg mohon booth kat universiti n wat kedai fotostat. So ada effort nak jana pendapatan family di samping dua2 belajaq. Lagipun tak baper riso nanti kuar leh cari keja utk stabilkan kehidupan.
Tapi ada yg ai jumpa, muda belia da kawen n sekarang bini kat umah dah tunggu masa nak bersalin. Keje pun tak tentu hala sbb belajaq lepaih SPM ja. Zaman sekarang kalo belajaq takat SPM n tadak inisiatif nak tambahkan kemahiran boleh lah nak hidup takat lepaskan diri sendiri. Nak membela anak isteri ai tatau la. Bukan nak menghina atau mengata yang ngaji tak tinggi tak berjaya dalam hidup. Tak kesah keja kat bengkel atau kedai makan tapi kena tahu cemana nak uruskan perbelanjaan kuarga. Dari makan sorang, ditambah untuk makan berdua kemudian tambah lagi bertiga dan tambah lagi dan lagi.......So banyak nak kena pikiaq!!
Ini dah la keje tak menentu, ada hati nak tekel awek2 len lak. Sadis n sedih sgt bila pikir apa nasib bini n anak dia ke depan hari. Seharian pikir, tak pasal2 lak pikir yg takder kene mengena pun ngan hidup ai!!! Cuma kalo harapkan muka jer hensem, tapi tatau erti tanggungjawab sebenar seorang suami takyah la gatal2 nak kawen muda. Kalo rasa tak puas nak berseronok, berseronoklah dulu. Jgn nak kawen tapi nak menyiksakan hati isteri ja.
Bila dah pegang tangan tok kadi tu dan terima akadnya fahamlah erti tanggungjawab. Kenapa walinya adalah bapa kepada pengantin perempuan....sebab nak turunkan amanah yang si bapa jaga selama ini kepada seorang lelaki yang bakal bergelar suami kepada anaknya. So kalo selama ni bapa dia menjaga anak perempuannya dgn elok maka begitu juga yang diharapkan dari si menantu. Jgn disakiti anaknya waima sdikit pun...........
Fikir dan renungkanlah.
p/s: untuk adik yang tak ku sangka sudah beristeri dan menunggu masa utk bergelar bapa, cubalah berubah ke arah yang lebih baik dlm mengerti tanggungjawab seorang suami dan bapa bukannya makin bagus menjadi buaya!!!!
No comments:
Post a Comment