Ads @ ACHIQUE


Saturday, June 25, 2011

Kuih Lapis lemak berkrim

Assalamualaikum...

Korang buat apa petang2 ni? Ai adalah mood memasak. So memasak kuih lapis. Punya la gugel resepi sebab Makyah punya resepi adalah agak2. If ai agak2 kuih lapis jadi kuih talam la.

Resepi ambil kat sini


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum (ai campur tepung gandum, tepung jagung dan tepung sagu)
  • 1 cawan gula (kurangkan jadi 3/4 sebab ai buat manis sangat)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk (ai guna santan asli - 4 cawan, so takpayah tambah air dah. Pastikan santan cair)
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.** Ai tak letak plastik.
  5. Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


Hasilnya: Gambar kuih lapis adalah takder sebab dah masuk perut. Wat setengah je dari adunan di atas so nipis je lapisnya. Tapi tang gula tu WAJIB kurang sebab sangat manis. Jadikan 3/4 ataupun kurang lagi.


Ai pasan resepi kat dalam internet ni memang best if dicuba tapi tang garam gula memang kena adjust sendiri if tak dia akan dapat sukatan yang tuan punya resepi suka makan bukan kita punya kegemaran.

Tuesday, June 14, 2011

Beremba bukan Berlumba

Assalamualaikum...

Sapa kat sini orang utara? Angkat tangan cepat! Cover2 jangan angkat tinggi sangat nanti boss korang tau korang mengular buat kerja sebab dok layan tenet.

Orang2 utara tau ka apa maksud beremba? Or orang kampung ai je guna istilah tu...

Beremba bukan maksudnya berlumba. Berlumba membawa maksud berlawan untuk sampai dahulu...contohnya Lumba basikal, sapa sampai dulu maka dia dapat no. satu. Paham kan? Banyak jenis lumba, LUMBA KAKI, LUMBA BASIKAL, LUMBA MOTORSIKAL, LUMBA MOTOKAR (tok ai suka sebut motokar instead of kereta), semua bertujuan nak tengok sapa jadi pemenang.

Beremba takder kaitan langsung dengan berlumba.



Gambar orang berbasikal kat atas tu adalah contoh yang boleh menggambarkan perkataan beremba.

Contoh ayat baku: Mereka berbasikal secara beriringan dalam kumpulan, perbuatan itu boleh membahayakan nyawa mereka.

Contoh ayat ai: Depa tu naik basikal beghemba-ghemba (bunyi r dalam bahasa utara ghe), sat lagi kalau kena langgaq sapa la yang susah.

Beghemba juga boleh digunakan sekiranya dalam situasi berjalan kaki. Selalunya dalam kumpulan tu melebihi dari 2 orang la baru orang guna perkataan beremba.

K, sekian pelajaran untuk hari ini.

Monday, June 13, 2011

Fesbuk or tempat menyibuk?

Assalamualaikum...

Dulu ada friendster, ingat dah canggih abes bila ada friendster tu. Add la segalanya.

La ni ada fesbuk....best jugak. Member yang tak pernah jumpa dekat 20 tahun (member sekolah rendah k), ai tak tua sangat noks...kang nanti ada pulak yang p tambah umur ai lepas SPM dengan 20 tahun, tua la mokcik!

So kita pun dok add la, tanya khabar bagai. Ada member yang dulu dia meluat giler kat kita and rasa meluat tu boleh dia bagitau kat kita melalui message FB (baca meluat = suka). Kuang...kuang...kuang....

Tapi bila ko sangat femes, maka ramai plak yang dok bagi msg kat msg box kata sombong tak approve. Nak approve cemana beb, nama letak Naruto Dewa. Gambaq langsung takbleh view konon private habes, so cemana ai nak kenal. Orang yang ai kenal mungkin nama dia Maisarah binti Mustamam or Ahmad Zulfikar bin Aziz...so if dah letak nama Naruto Dewa, ingat ai nak approve....Kang tetiba dok jual direct selling lak.

Lagipun ai tak baper rajin bukak FB. Kadang2 jo. So if ai tak approve jangan la sedih. Tetambah untuk x student. Kadang2 ai ada announcement yang tak baper best nak buat dalam FB so if uols baca macam tak best. Apa kata if cikgu achique bukak satu lagi FB khas untuk xstudents. Bole la uols pun nak announce apa2 guna platform tu. Tunggu bila ada keRAJINan Naruto tahap Dewa dulu.

Buat entry macam ai femes satu dunia. Just nak menjelaskan kekeruhan yang dok kata cikgu achique ni sombong tak approve students dia. Dah banyak students yang ai approve, yang tak approve jangan kecik ati noooo.....

Mahu Kurus?

Assalamualaikum...

You all nak kurus tak? Pandai main gelung? Main gelung rotan tu boleh kurangkan ukurlilit pinggang tau. Dan sebenarnya bleh kuruskan kaki jugak.... Ai tak pandai main tapi ai ada tok guru hebat punya..


Tada........




dan satu lagi....beri tumpuan dekat last2 tu, cemana nak gunakan gelung untuk kuruskan kaki anda...




Macam tu je kalau makcik nak main gelung. Senang sangat. Saya pun tahu main, makcik kan lagi besar dari saya, mesti la lagi pandai main dari saya.....ok.....

Sunday, June 12, 2011

Keadilan...

Assalamualaikum.............cakkkkkkkkk.......


Lama bebeno tak menulis. Takder apa yang sibuk pun. Cuti sekolah pun dah berakhir. Kita p sekolah semula esok.

Kenduri pun dah selesai. Macam2 majlis di cuti sekolah ni, ada yang nikah, kawen bertunang, berkenalan, merancang nak kawen....ehhhh...

Adil...cemana kita nak ukur keadilan?

Situasi 1: Sepasang suami isteri yang berasal dari negeri yang sama. Bila sekali balik kampung, boleh balik kedua2 belah. Dah cuba bahagikan seadil mungkin, 2 hari umah mak isteri, dua hari sebelah mak suami. Tapi jumlah cuti 5 hari. Hari ke5 nak p umah sapa....so cemana nak tentukan? Baling duit syiling? One two som?

Situasi 2: Seorang ayah belikan sebungkus air kelapa. Tapi ada anak dua orang dan suruh kongsi sama rata. Nak judge sama rata cemana? Bilangan sedutan atau balik kena sukat dalam cawan matrik?

Situasi 3: Soal tanah pusaka. Seorang ayah telah tinggalkan 5 bidang tanah kepada 5 orang anak lelaki. Bagaimana nak bahagi sama rata dan adil? Bahagi seorang sebidang? Tapi ada tanah yang kedudukannya di tepi jalan besar, ada tanah yang berpaya dalam hutan, ada yang tanahnya sempit tetapi memanjang, ada yang setengah hektar, ada yang satu hektar....bagaimana mahu adil dan sama rata?


Di sinilah perlunya bertolak ansur...lagipun itu tanah usaha bapa bukan anak2. Anak2 hanya menerima, tetapi jika diungkit dulu dialah yang mengerjakan tanah tersebut, sekiranya bapa takder tanah nak kerjakan apa? Kerjakan tanah orang dan claim itu tanah kita?


Surah Al-Kahfi: 46 yang bermaksud, “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”, bahwa harta kekayaan dan anak wajar menjadi perhiasan dunia yang mententeramkan pemiliknya karena pada harta ada keindahan dan manfaat, sedangkan pada anak ada kekuatan dan dukungan. Namun demikian kedudukan keduanya sebagai perhiasan dunia hanyalah bersifat sementara dan bisa menggiurkan serta menjerumuskan.

Maka sangat tepat jika ayat “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (At-Taghabun: 15)

dan ayat “Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi”.(Al-Munafiqun: 9) menjadi pengingat jika kemudian terjadi harta dan anak justru menjauhkan pemiliknya dari Allah swt.


Tepuk dada tanya selera..."Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari fitnah yang menyesatkan"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails