Tahun ni thn pertama menikmati Ramadhan tanpa abah@Pakdaq di sisi. Sedikit rasa kesedihan menyelubungi sebab tu ambil masa untuk hapdet. Masih terasa kehadirannya namun kenyataan yang abah sudah tiada tetap kenyataan! Masa arwah abah ada, bulan puasa mmg mriah. Dia suka jer menetapkan menu berbuka. Menu wajib mesti ada bubur lambuk @ kanji (bahasa utara). Setiap hari without fail mesti ada menu niyh. Tapi kali ni dah 11 hari berposa, baru sekali Makyah buat.
Jom cekidaut puasa kami sekeluarga tanpa Pakdaq
Hari Pertama - Rabu
Sahur hanya dengan nasi goreng. If Pakdaq ada hari pertama mesti ada gulai tulang (kari). Tapi kali ni sangat simple untuk Makyah, ai dan kosem. Berbuka pulak, beli kat kedai jer sebab Makyah tak baper sihat.
Hari Kedua - Khamis
Ai beli udang kat Pakcik yang jual kat depan tali air kat Penaga. Kat depan tali air tu, pakcik2 yang p kelaut dok bawa naik hasil tangkapan depa kat situ, so dapat bahan fresh. Ai beli udang besar sekilo = RM36.00.
Sekarang niyh orang lagi suka beli udang yang dibela sebab murah. Tapi sebab ai membesar dengan hasil laut yang segar so rasa udang tu lagi best yang dari yang dibela punya. Nak beza cemana, uols tengok masa nak beli tuh, kulit udang yang dibela warna dia nak kehitaman sket tapi yang fres dari laut warna dia jernih kemerah2an. Isi udang laut lagi kental dan dari segi harga lagi mahal la. Tetiba melalut sal udang lak. Hari ke-2 pun simple ja kitorang makan, cekodok pisang dan nasi + sambal sardin.
Hari ketiga - Jumaat
Jumaat - ai dah tak ingat makan apa...sambal tumis udang yang ai beli semalam kot. Yang ai ingat malam ni hujan turun dengan selebat2nya.
Hari keempat
Ai pegi kat dalam kedai (umah ai 2 tingkat, atas untuk rumah dan bawah untuk kedai), dah lama tak jenguk sebab semenjak Pakdaq @ abah dah takder, kedai ni pun dah tak berfungsi. Tgk2 air dah masuk dalam kedai sebab semalam hujan yang sangat lebat.
Tu bukan lantai kaca ye...yang bergenang tu air hujan yang dah berjaya masuk dalam kedai....rasanya simen dinding kedai ada yang retak so air berjaya meresap masuk sebab kalau tengok simen Pakdaq dah tinggikan simen pintu2 masuk dalam kedai. Tapi air ni still berjaya lagi masuk...syabbasss inspector sahab.
Timba @ Baldi yang digunakan untuk menimba air (buang air).
Hasilnya: bawah rumah yang kering kontang, penuh dengan air bila semua air dah ditimba keluar dari kedai.
Hasil ke2: Tangan ai dah ada muscle ...yuhuuu......penat woi, hampir terbarai puasa ai sebabkan menimba air ni...
Boleh lagi ka nak ucapkan Selamat Berposa???? Dah masuk hari ke 12 baru nak wish..huhu.....jangan lupa wei baca Quran dan solat tarawikh..banyak pahala.
No comments:
Post a Comment