Ads @ ACHIQUE


Monday, August 30, 2010

JEANS LEVIS 501 & KHAKIS DOCKERS..SALES

UNTUK ENTRY BARU SILA SCROLL KE BAWAH. INI ADALAH STICKY MODE YANG AKAN KEKAL SBG ENTRY DI ATAS SEHINGGA 30 OGOS 2010.


Petang tadi Bangah ada YM gitaw yang dia p Levis Boutique kat GUAM, US. Tgh ada sales kat sana...okehh cekidaud.





Levis 501

Button

Original from Levis Boutique, made in US



LEVIS 501, BUTTON, SIZE 28 & 29 (Clearance Stock) RM100

Size lain dalam RM170 sebab takder sale (rujuk warna dalam rak dekat gambar atas)


DOCKERS KHAKIS (warna hitam material kebalduan)
RM50 untuk semua size (sekiranya ada)


DOCKERS KHAKIS (warna grey)
RM70


Sapa nak tolong gitaw cepat, kang sales habes terlopong la korang....ai dah konfem2 tak muat!!!!!!



Anything email me:
azizahabdulrazak@yahoo.com

Thursday, August 26, 2010

Jom Melawat Stokis SD2

Ai nak promote niyh...member ai si Dba tu tengah bersemangat nak meniaga. As a fren yang tak baper pandai nak meniaga dan kadang2 sombong nak bercakap ngan orang, gini jelah caranya yang bleh tolong dia.




Testimoni adalah kepada diri sendiri (Dba ler):-
April 2010 - 84.4kg


Julai 2010 - 74kg


Ogos - 70kg

** Gambar adalah dikopipes dari blog Dba yer.


Dba la ni, dia tengah bersungguh2 nak berdiet untuk turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Macam2 cara yang dia dah buat, kadang2 selamba badak ai jer ai marah dia kalau ai rasa cara dia tak baper betul...dah nama kawan, kena la tegoq...hehehe....


Dia ada try produk lain b4 SD2 niyh tapi tak baper serasi. Selepas try SD2 beberapa tin, dia dah menuju ke hasil yang diingini. Cara2 pemakanan dan macam mana dia berdiet uols boleh rujuk ke



Bleh jugak if uols nak jadi stokis or nak beli jer.....tapi bagi ai better jadi ahli, jimat banyak uols.

Jangan lupa klik kat laman web SD2 niyh...banyak info uols bleh dapat...selamat cekidaud


Wednesday, August 25, 2010

Mari Berkebun


Di suatu pagi yang hening, angin bertiup sepoi2 bahasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah.......seorang insan bertekad mahu membersihkan kawasan rumahnya. Sila kagum ye...ini paksaan... :-)


Persediaan yang diperlukan:
  1. Kekuatan mental...bukan senang wei nak bangun pagi2 tu sebab lagi best tidoq. Dah la bulan posa...huisshhh sangat mencabar wehhh
  2. Kekuatan fizikal....pastikan uols dah minum air bergelen2 masa sahur tu...ni penting untuk elakkan hidrasi di bulan posa. Jangan tersilap minum masa wat keje dah la...kang tak pasal naik van jenazah.
  3. Persediaan pakaian:
  • Glove - ni penting bagi memastikan tangan uols terpelihara
  • Pakai baju tangan panjang - if uols pakai baju tangan pendek dan 3rd quarter, jadi macam ai...berbirat tangan.
  • Safety boot - masa wat keje ni, ai pakai selipar jer tapi bahaya la. Ada banyak kaca botol yang pecah, besi2 karat....
Ai panggil benda alah ni as golok cakuk...uols????


Keadaan kandang lembu Pakdaq selepas sebulan tak digunakan. Semak samun di keliling kandang lembu tu. Nak jalan pun susah, sbb tebal sangat semak dia.


Tiang pun dah terbarai cenggitu...tunggu nak menyembah bumi je. Kat belakang kandang lembu ni, Pakdaq banyak tanam pokok - pokong nangka, pisang, limau, lengkuas, kantan tapi if semak sangat ai pun takut nak p ke situ. Tambah2 kalau hari hujan, takut ada pacat....nama jer budak kampung tapi penakut!!!

Uols tgk...semak kan??? Pakteh ai yang ajak ai bergotong royong kemaskan kat kawasan ni. If tak pagi2 cuti, ai masih bersellimut atas katil tapi disebabkan sangat taat kepada Pakteh ai (baca sebagai gua takut la!!)...maka pukul 8.30 pagi ai dah start cabut2 pokok semak niyh....kenapa la pokok bunga hiasan tak bleh tumbuh sendiri macam semak samun niyh..kalau tak mesti cantik jer kalau yang tumbuhnya adalah pokok bunga rose ka, bunga kertas ka......haishhh


Tugasan pertama: Bersihkan kawasan kat sekeliling pokok limau lemon niyh sebab ranting2 dia dah sampai ke tanah. So lepas cabut dan buang semua rumput dan pokok yang takder kaitan dengan pokok limau niyh, pakteh ai soh ai letakkan pelepah nyioq (kelapa) untuk tampung dahan2 yang dah menyembah bumi tu.

Masa ni sempat la pakteh ai ajaq serba sket sal ilmu pokok niyh sebab dia sangat suka berbakti kepada tanah. Lepas pencen kerja dia, bersihkan kawasan semak samun dan tanam ngan pokok2....pisang, labu, ada jer menda dia nak tanam.


Hasil kutipan selepas semak samun berjaya dibersihkan di sekitar pokok limau. Nak bersihkan pokok limau ni jer, ai ambil masa 3 jam....wei penat siut..........


Kesemua rumput, pokok, pelepah nyioq yang dibersihkan kena letak satu tempat. Ai sempat buat dua lungguk sampah jer...yang len pakteh ai uruskan.

Dalam kol 11.30 pagi, ai dah surrender. "Pakteh...saya tak larat dah ni"...bila Pakteh kata tak larat p nalik!!!! Dengaq ja perkataan p balik, dan2 ambil semua peralatan dan terus chow balik laju2. Takut nanti Pakteh ai ubah fikiran panggil ai buat kerja balik, tak ke naya.......

Balik je rumah, gitaw kat Makyah, ai tanak buat keje len dah....ai rasa inilah senaman paling hebat ai pernah buat, tak payah p gym or nak berjogging, uols p jer berkebun or berbakti pada tanah, mmg peluh lencun, terus rasa sihat jer tubuh badan.


p/s: Jangan lupa warming up and cooling down masa wat keje2 walaupun keje kampung. If tak mengengkang la uols, sebab sakit semua sendi.....opppssss terbocor rahsia sendiri!

Tuesday, August 24, 2010

3 Column Tutorial

N3 khas buat kak Nurul, Noris dan Fiza. Harap dapat membantu serba sedikit... sesapa yang nak buat 3 kolum dengan menggunakan template yang disediakan oleh blogspot pun bleh tengok step kat bawah ni...


Step 1:
  • Mula2 uols sign in blog memasing ye. Kendian, ada page ni kan, so pilih DESIGN (yg ai letakkan dalam kotak merah tu



Step 2:
  • Den page ni akan muncul....klik kat template designer New tu. Tgk betul2 yg ai highlight dlm kotak merah yer....




Step ke-3:
  • Bila kuar page ni, uols klik kat Layout. Pastu bleh pilih nak layout 4 kolum ke, 3 kolum ker, 2 kolum ker, ambik jer mana berkenan....
  • Pastu jangan lupa adjust width, bagi yang pilih 3 kolum, better maximumkan lebar kolum sampai 1000...kat tepi tu bleh buat 270 (untuk left and right side)...or ble try untuk kelebaran yang diminati.


Step ke-4:
  • Pastu bleh pilih template yang digemari dan sesuai dengan citarasa, den pilih background....yang ni kena try and match sampai berkenan di hati. Yang bestnya bila kita try nak match kaler n design, segala paparan akan ditunjukkan kat bahagian bawah tu. Selagi tak puas hati jangan klik kat APPLY TO BLOG


Step ke -5:
  • Klik pada APPLY TO BLOG....selesai.........

Selamat mencuba....

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk ai menikmati Ramadhan yang mulia tahun ni....


Tahun ni thn pertama menikmati Ramadhan tanpa abah@Pakdaq di sisi. Sedikit rasa kesedihan menyelubungi sebab tu ambil masa untuk hapdet. Masih terasa kehadirannya namun kenyataan yang abah sudah tiada tetap kenyataan! Masa arwah abah ada, bulan puasa mmg mriah. Dia suka jer menetapkan menu berbuka. Menu wajib mesti ada bubur lambuk @ kanji (bahasa utara). Setiap hari without fail mesti ada menu niyh. Tapi kali ni dah 11 hari berposa, baru sekali Makyah buat.


Jom cekidaut puasa kami sekeluarga tanpa Pakdaq

Hari Pertama - Rabu
Sahur hanya dengan nasi goreng. If Pakdaq ada hari pertama mesti ada gulai tulang (kari). Tapi kali ni sangat simple untuk Makyah, ai dan kosem. Berbuka pulak, beli kat kedai jer sebab Makyah tak baper sihat.


Hari Kedua - Khamis
Ai beli udang kat Pakcik yang jual kat depan tali air kat Penaga. Kat depan tali air tu, pakcik2 yang p kelaut dok bawa naik hasil tangkapan depa kat situ, so dapat bahan fresh. Ai beli udang besar sekilo = RM36.00.

Sekarang niyh orang lagi suka beli udang yang dibela sebab murah. Tapi sebab ai membesar dengan hasil laut yang segar so rasa udang tu lagi best yang dari yang dibela punya. Nak beza cemana, uols tengok masa nak beli tuh, kulit udang yang dibela warna dia nak kehitaman sket tapi yang fres dari laut warna dia jernih kemerah2an. Isi udang laut lagi kental dan dari segi harga lagi mahal la. Tetiba melalut sal udang lak. Hari ke-2 pun simple ja kitorang makan, cekodok pisang dan nasi + sambal sardin.


Hari ketiga - Jumaat
Jumaat - ai dah tak ingat makan apa...sambal tumis udang yang ai beli semalam kot. Yang ai ingat malam ni hujan turun dengan selebat2nya.


Hari keempat
Ai pegi kat dalam kedai (umah ai 2 tingkat, atas untuk rumah dan bawah untuk kedai), dah lama tak jenguk sebab semenjak Pakdaq @ abah dah takder, kedai ni pun dah tak berfungsi. Tgk2 air dah masuk dalam kedai sebab semalam hujan yang sangat lebat.

Tu bukan lantai kaca ye...yang bergenang tu air hujan yang dah berjaya masuk dalam kedai....rasanya simen dinding kedai ada yang retak so air berjaya meresap masuk sebab kalau tengok simen Pakdaq dah tinggikan simen pintu2 masuk dalam kedai. Tapi air ni still berjaya lagi masuk...syabbasss inspector sahab.

Timba @ Baldi yang digunakan untuk menimba air (buang air).

Hasilnya: bawah rumah yang kering kontang, penuh dengan air bila semua air dah ditimba keluar dari kedai.


Hasil ke2: Tangan ai dah ada muscle ...yuhuuu......penat woi, hampir terbarai puasa ai sebabkan menimba air ni...


Boleh lagi ka nak ucapkan Selamat Berposa???? Dah masuk hari ke 12 baru nak wish..huhu.....jangan lupa wei baca Quran dan solat tarawikh..banyak pahala.





Saturday, August 21, 2010

Apa tandanya jika...boleh caya ker?

Situasi 1

Anda bertembung dengan kenalan lama yang sudah lama tidak bertemu. Dan dia mengatakan anda makin cantik dan kurus tetapi bila anda tengok wajah anda di cermin sudah mula menunjukkan garis2 kedutan halus dan penimbang digital anda menunjukkan pertambahan digit berbanding semalam. Mahu mempercayai kata kenalan anda atau realiti yang anda hadapi setiap hari!!!


Situasi 2

Ada bekas pelajar anda memberi komen bahawa anda seorang yang sangat sempoi tapi baru semalam ada pelajar berkata anda sangat GARANG!!!!


Situasi 3

Ada sahabat yang suam2 kuku kata anda berkata anda sangat COMEL tapi sahabat baik anda kata anda semakin belemoih a.k.a serabai..........


Betapa susahnya apabila ingin membuat pilihan. Sigh...................

Monday, August 09, 2010

Buah tangan di hujung minggu


Handbag yang putus talinya......



Kaki yang digilis oleh tayar kereta Bangah

Saturday, August 07, 2010

DONE.....

Alhamdulillah ai dah siap menjalani pemeriksaan kesihatan semalam. Semunya dalam kondisisi yang baik. Paras HB (hemoglobin) pun dah naik jadi 13, dulu pernah jatuh sampai bacaan 9. Inilah hasil bila rajin ambil multivitamin...tapi selari dengan pertambahan HB, lemak2 juga bertambah dengan aktifnya.....sighhhh..................


Ada 1 persoalan, bila kita makin meningkat umuq or senang kata bila hang dah maken tua, adakah kita nie makin pendek??? Tinggi ai dah kurang 2 cm dari zaman remaja dulu...uissshhhh...ngeri ni!! Berat usah dikata la, dah lemak banyak takkan ringan kot!! Takpa dah nak posa, jom kita amalkan pemakanan sihat. Buka posa makan buah kurma dan soq (sahur) pun dengan buah kurma ja. Sure raya slm melim...wakakakakaka


Petang jumaat tu, naik bas ke KL. Esok (ahad), kosem konvo kat UTEM. TApi ada perkara yang ai betul2 terkilan. Lupa nak kenselkan kelas ganti ptg jumaat tu! Sian bebudak tu, nak balik kampung ke, nak rehat ke...terpaksa datang juga untuk kelas tetiba kelas kensel. Memang dihambat rasa bersalah amat. Tapi benda dah berlaku ................... maafkan saya.

Wednesday, August 04, 2010

Ai masak rini.......giler poyo, masak pun nak kena gitaw satu dunia. Ni la cara2 orang yang masak setahun sekali. Dah lama ngidam nak makan mihun singapore. Sepatutnya wat semalam tapi terbangun lewat, dah kol 6 ko nak masak pebendenya. Kang kena hempuk kuali ngan Ketua Jabatan ai sebab mai lewat.


So hari ni dengan gigihnya set jam kol 5.00am. Tapi disebabkan tekad tu tinggi maka kol 4.30am dah jaga. Apa lagi berkungfu la kat dapoq....dan inilah hasilnya.



tada................mihun singapore dah siap nak bawak p opis dan tinggal untuk Makyah dan Kosem kat umah. Tapi ai rasa terlebih pedas sket........

Tuesday, August 03, 2010

INTURA Part II

N3 b4 dis, ai citer pasal kursus ai di INTURA kan. Ai p kursus tu sensorang, tak kenal sapa pun. Bila dah masuk kusus tu, ai pasan ada sorang staf dari institusi yang sama dengan ai. Tapi ai giler tak kamceng ngan dia....lelaki chinese. Ai kan pemalu, mana kawan ngan lelaki2 niyh....huahuahuahua.......


Bila p lunch 1st day tu, ai kenal ngan Zaiton, Yati, Nora dan Fida. Depa punya rabung sembang. Ai masih kontrol2 ayu lagi...hehehehe....den depa ajak lepak sekali lepas lunch. Fida ambik bilik penginapan kat INTURA tu, yang len semua tak ambil. Nak minta bilik untuk berehat, pihak pengurusan kata semua bilik fully occupied, so terpaksa merempat kat bilik Fida. Seb bek depa ajak ai lepak sekali, kalau tidak merempat la ai dari kol 1pm - 2.30pm kat surau sorang-sorang.


Ai ingatkan depa nie dah kamceng b4 mai kusus, rupanya baru kenai kat kusus tu. Mmg sempoi semuanya, dapat satu topik jer, semua boleh bagi pendapat. Zaiton, Nora, Yati & Fida semuanya dah pegang title isteri dan ibu, so 1st day tu depa ingatkan ai sama je statusnya. Ai takder hal...dah biasa. Esoknya masa tgh lepak2 dalam bilik, Zaiton (sama umur dengan ai) tanya samada ai da kawen ke belum.....nak jawab cemana niyh...senyum je bleh dak??


Ai tak kecik ati pun bila depa ingatkan ai dah kawen dan ada anak sebab selayaknya umur ai ni sepatutnya berada dalam keadaan itu. If bawa Hannah n Darwish jenjalan pun, orang akan kata budak b2 tu anak ai. So ai dont mind at all. No heart feeling kengkawan!



Dari kiri: Ai le, Fida, Zaiton dan Yati


Ai dan Nora



Ni penghulu...nama???? Malas nak rujuk senarai nama peserta, if uols nak rujuk sendiri!!!



Encik Johari @ Mr Jo...salah seorang urusetia dan peserta kursus a.k.a staf INTURA



Bukti yang ai tak ponteng kusus niyh. Last day ni, dapat certificate kusus dari facilitator, Encik Md Hazali. Ayat peberet En. Fesi Md Hazali ni, "Mmg Hensem lah"! @ "Mmg comel lah"!.....bukan merujuk kepada orang tapi laman web yang dibina.............ayat dari ai....MEMANG BEST LAH!!!!


Monday, August 02, 2010

INTURA 25 - 29 Julai 2010

Korang tahu ke INTURA tu apa? Students ai tanya kat mana tu....Indon ke??? INTURA tu singkatan untuk INTAN Wilayah Utara, terletak kat Sungai Petani.


Ai kena p kursus kat situ dari 25 - 29 Julai 2010. Ai mohon kursus tu ngan Isratun (tokey kek) sebab nak try apply untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan jugak nak segakkan blog kitorang. Tapi Isratun tak dapat so ai p sorang2.




Ni pelan nak p INTURA. Ai tak guna jalan ni, ai guna jalan nak p ke Hospital baru Sungai Petani. Uols stret ja, sampai jumpa simpang empat, sebelah kanan Bandar Puteri Jaya, uols ambil simpang sebelah kiri. Masuk je simpang sebelah kiri terus rapat sebelah kanan, dalam 0.5 km jumpa INTURA sebelah kanan.


Jangan jadi macam ai, 1st day ai dah ronda jalan belakang tu. Bukan setakat hospital, Radix Fried Ciken pun ai jumpa. Macam2 simpang ai masuk, jumpa Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, jumpa simpang nak p METRO specialist, last2 sekali benti kat Petronas n ai kol INTURA. Tanya diorang boleh tak lagi pergi kusus tu sebab dalam surat kata SEKIRANYA ANDA GAGAL MENDAFTARKAN DIRI PADA JAM 8 PAGI MAKA ANDA DIANGGAP MENARIK DIRI DARI KURSUS INI. Masa tu dah kol 9.00...tensen wa cakap lu. Ai kuar rumah 7.15 am, sepatutnya 7.45 am dah sampai INTURA tapi ai dah p pusing Sungai Petani tu. Jenuh kol INTURA balik tuk dapatkan jalan nak p INTURA. Dalam erti kata yang len ai sesat la!!!! Kawan2 yang rapat mmg dah tw ai sangat 'terer' sal jalan2 niyh. Huru hara hidup...


Ai masuk kursus kol 9.45 am. Kol 10.30 dah benti rehat. Hehe, pastu kena soal siasat ngan urusetia. Mesti depa ingatkan ai ni dok hulu banat mana tgk2 sempadan je ngan Sg Petani...huh...buat malu ja!


Best kusus ni sebab ai blaja benda baru, Dreamweaver dan Joomlaa. Sebelah ai adalah pegawai IT kat INTURA. So dia ada banyak bagi tips sal coding2 HTML. Best gak, ilmu baru. Tapi takdan nak ambil gambaq ngan dia, ai kenal dia as Sheila ja.


Sok ai wat entri sal kawan2 baru ai masa kusus. Babai, mau tidur sebab dah jam 1.22 am.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails