Ads @ ACHIQUE


Friday, June 25, 2010

Makcik Lapar???

Di suatu petang yang sepoi2 bahasa, makcik dan bersama2 anak menakannya sedang bersembang di dalam kereta. Disebabkan anak menakan yang sorang tu, tak pandai dok diam maka makciknya dok memegang paha anak menakannya dengan geram.....

Anak menakan: Nape makcik?

Makcik: Makcik geram (marah) ngan Bangah

Anak menakan: Ke makcik geram nak makan saya?

Makcik: Nak makan Bangah? Sedap ke?

Anak menakan: Sedap la.

Makcik: Sebab apa sedap? Boleh buat sup ka?

Anak menakan: Sedap....sebab ada rasa susu, ayam goreng segera, karipap, coklat, keropok (dan semua makanan kegemarannya)...

Makcik: ooooooooooooooooo


Hai, sayalah Bangah aka Darwish...makcik saya nak makan saya tau. Daging saya sedap sangat sebab saya selalu makan makanan berkhasiat.


Makcik yang makin gemuk..adakah sebab selalu makan daging anak menakannya????



p/s: lepas ni if anak menakan ai tetiba kuruih melidi jangan salahkan makcik sebab sedap sangat daging anak menakan.

Thursday, June 24, 2010

CUBA TEKA




Siapakah pemilik tangan2 di atas?



Dan juga pemilik kaki2 di bawah?



p/s: K saya bagi klu sket...pemilik tangan dan kaki adalah orang yang sama



Tuesday, June 22, 2010

Hasil Karya

1) Percubaan ambil gambar dalam air


Test kamera dalam air.....percubaan ambil gambar dalam air yang pertama


Rasanya kena adjust flash....


2) Menggunakan Fuction S-Macro Led

Percubaan pertama


Percubaan kedua

Percubaan ketiga

Percubaan keempat (gambar lalat pun jadik!!)



p/s: Semua gambar diambil dengan menggunakan OLYMPUS Tough-6000, saya budak baru blajar so guna digital dulu. Dah terer kekdah2 ambil gambar baru nak simpan duit beli DLSR punya.

Cuti Sekolah Part II

Ni kesahnya bila budak bandar balik kampung...

Ni masa mula2 sampai...bagak la tamau makan, nak men PSP jer.


Bila dah semalam kat kampung, ni la hasilnya. Jadi habuan nyamuk. Anak menakan ai yang kulit tak baper tahan, Syafiq, Syahdan, Darwish dan Qlah. Cuba teka sapa punya kulit dalam gamabq tuh???


Ramai jer yang nak meriba, mendukung si Delisha ni bila dia berbunyi. Kejap jer dia blaja, bila dia dengar suara orang yang agah tu dia dah tau nak nangis ke nak gelak. If abah or tokwan dia yang agah, dia gelak2 jer sbb dia tau abah dan tokwan dia takkan angkat dukung just agah ja. Bila tok dan makcik yang agah, dia gelak sat2 ja, pastu nangis. If setakat angkat letak atas riba, tak jadi la...kena angkat, dukung dan berjalan2. Blaja mana ntah........


Syahdan yang wat hal sendiri. Best dia niyh...tamau bila makcik nak dukung. Nak ngan mak dia jer...sayyyyannnggggg syahdan.


Yang besaq2 tu dok berlari sakan... main macam2, takdan nak ambil gambaq.

Monday, June 21, 2010

Tag dari Fiza Yang Diperam Sekian Lama

Ni hutang ai ngan Fiza. Dia dah tag ai sekian berzaman berkurun lamanya. K mari kita cuba menjawab soklan2 di bawah....


1. Adakah anda rasa anda HOT..?
HOT ni maksudnya panas. Ai takder minum air panas masa ni so tak HOT. N masa wat n3 ni malam, so cuaca sangat cool okeh. Keje lak, student takder so kurang HOTnya...if tak ai nak temper jer...ada yang tak paham tapi tunggu nak final baru nak kumpul ketkpahamannya....masa tu ai sangat HOOOOOOOOOTTTTTTTTTTTTTTTT.........maka terjadilah, ai ni CIKGU JAHAT!!! Huh!!!! If bleh sumpah, ai dah sumpah sorang2 tu jadi banglo , kolam renang, peti ais, TV Flat Screen, Netbook.....uols nak pe gtaw jer...


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?


Gambar 1


Gambar 2


3. Cerita pasal gambar ini?
Gambaq 1, adalah wallpaper kat laptop. Gambaq ketika nak p meronggeng bersama shabat2, Oya, Kekbah dan Ai. Kami p meronda kat Penang, sorang lagi ahli kelab yang takder dalam gambaq adalah Kakzah sebab dia tunggu kat Penang sana nun.

Gambaq ke2 masa kami p bercuti...gambaq ni KekBah dan Ai kat Puncak. Cantik tempat ni, sejuk dan nyaman mata memandang. Ai jadikan gambaq ni wallpaper kat opis sebab terasa nak kembali ke zaman berat masa tu sebab baju yang ai pakai masa tu, dah terpaksa simpan dalam peti besi!!! Tak muat beb!!!


4. Kali terakhir makan pizza?
Ai dah tak ingat bila last ai makan pizza maksudnya sangat lama la tak makan kan...nak p makan bila pula pun dah tatau sebab member baek ai dah start posa2...dia bz nak menguruskan badan so ai takder kawan nak p makan2 dah...Patutkah ai pun posa jugak?????

Kekbah, lepas ni sapa nak teman ai makan Char Keow Teow, Kenny Rogers, Pizza Hut, Moi Sup...rindunya ai pada makanan2.....lemak2 yang ada dalam badan ai, bleh tak kuar sendiri tanpa ai perlu xcercise n posa...sebab bila dah kuar lemak lama bleh la ai tambah lemak baru..ngehngehngeh...

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu terakhir yang diputarkan di Radio Hot fm sebelum ai turun kereta kol 12.30pm tadi. Memang gitu pun, dengaq lagu bila dalam keta ja, layan je lagu kat Hot fm or Sinar fm....tapi lagi suka layan celoteh DJ terutamanya Fafau dan FBI.


6.Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Bagi arahan kat adik ai, soh dia pasangkan ubat nyamuk dan sidai baju. Ai kan kakak so adik, sila dengaq arahan kakak!


7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Comel, Manja, Sayang, Laling....dan yang seangkatan dengannya...jap2, ai plak nak muntah if ada yang panggil ai dengan nama tu....huh.....


8. tag lagi 5 orang siapa ye nak tag nie...
Sapa nak jawab dipersilakan. Ai taw semua yang baca niyh semua bz ngan keje sendiri...


p/s: Fiza, saya ada lagi 2 hutang, 1 tag dan 1 tutorial 3 kolum. Huish tataw bila boleh langsai tuh!

Cuti Sekolah Part 1

Jumaat, 11 Jun 2010 - Kaklong kol soh ai p amek dia kat umah mak mentua dia. Hasben dia balik hantaq depa anak beranak kat kampung den balik KL balik sebab kene keje. Bangah pun gtaw kata nak balik esok jugak. Maka ai, terus mencutikan diri sebab kena kemas rumah yang macam dilanggar garuda tuh.


Sabtu, 12 Jun 2010. Janji ngan Makyah nak kuar kol 10.30 utk ambil Kaklong tapi ada sedara datang. So kol 12.10pm baru kuar. Tayar keta flat masa letak angin kat stesen minyak petronas. Rupanya kena paku....selesai tampung tayar, teruskan perjalanan. Jammed lak setengah jam sebab xsiden. Huihhhh mencabar kesabaran!!! Kol 3 baru sampai umah mak mentua Kaklong, selalunya sejam je.....


Petang tu umah dah penuh ngan semua anak cucu Pakdaq n Makyah....

Mereka menggelarkan diri as GCT...(Geng Cucu Tokwan)..Esoknya jadi GCTP dan GCTL. Sapa terer bleh teka apa maksud GCTP dan GCTL????


Nur Aqilah, anak bangah no.3
Syahdan, anak Kaklong yang ke4.

Qilah n syahdan rakan segaduh. If sorang main bantal, yang sorang tu nak jugak bantal yang sama...walhalnya banyak lagi pilihan yang lain.


Yang ni a new family member, Delisha (anak Bangah yang ke4). Baru 2 bulan.


p/s: Bukan senang nak xplen kat budak2 yang tengah nak membesar kenapa benda tu betul atau salah. Kadang2 terperangkap dengan jawapan sendiri.

Sunday, June 20, 2010

Cuti Sekolah

Salam


Baru je habes cuti sekolah 2 minggu. Apa yang berlaku spnjang cuti sekolah:-
  • Kenduri kawen dan ai otometik jadi drebar
  • Kazen ai kawen....yang ni otometik jadi mentara (penanggah)
  • Anak sedara semua balik berkampung kat umah
  • Ai sekali ambik cuti
  • Cuti2 Malaysia......bercuti bersama kuarga tercenta
  • Masa untuk praktikkan kemahiran memasak, tapi selalu kena kritik dari kena puji
  • Sembang2...pastu makan...pastu sembang balik...pastu makan...maka lemak2 dalam badan sangat bergembira menerima kawan baru!

p/s: esok dah nak start keje balik..... hmmmmmm...... yea..yea...yea...(dengan nada suara yang perlahan)


****Nantikan post berkenaan cuti sekolah ni.

AKU DRIVER

Setiap kali weekend mesti ai kena jadi drebar...nak sub kan 2nd drebar dia dah cabut awai2 p keje....jaga hang kosem...........

Selalunya musim cuti sekolah ni kena jadi dreba p kenduri la. Yang hazab sket nak cari rumah kenduri. Almaklumlah ai sangat terer sal jalan2 niyh. Walaupun dah dibagi peta, kadang2 peta yang tuan rumah bagi tu ikut fahaman depa ja. Masjid yang sepatutnya jumpa lepas masuk simpang, dilukis kat jalan utama...kan ai dah silap masuk jalan....sila salahkan tuan rumah yang bagi peta tuh.... Kalu ngan Makyah jer takpa, ngan PakDaq ni, ai glabah sket. Tak best la kalo bawa jalan salah, nanti dia cop ai ni tak pandai baca peta!!!! Ai sekolah 17 tahun setengah (dari sekolah rendah sampai la ke KUiTHHO), bila orang kata tak pandai baca sangatlah rasa lecehnya.

19 Jun 2010, Ai bawa Makyah n PakDaq p kenduri kat Kg Siam, Bukit Tengah. Tempat ni, tiap2 hari ai ronda so terer la. Petik jari ja wa cakap lu!!!

Apa connection weols ngan tuan rumah kenduri tu, sila tanya PakDaq. If kenduri jauh2 nih, selalunya adik badik dia. Depa wat kat Dewan. Makan dia sedap terutamanya ayam rendang. Bubur kacang nampak sangat menarik tapi sian ada orang tunggu turn nak duduk (tempat duduk sgt terhad) so tak jadi nak makan bubur kacang.....sian kat lemak2 ai, tak dapat tambah kawan...sowi...:-(...

PakDaq wif sedara dia....

Wife tuan rumah


p/s: Terima kasih untuk pakcik n makcik yg soh ai bw keta ke hujung kg. lagi. If tak jenuh Pakdaq n Makyah nak menapak..Den if depa kena jalan jauh, ai msti kena marah....tak soka!!!

Saturday, June 19, 2010

Mimpi...

Salam....ye...ai masih sihat cuma malas nak hapdet blog. ;-)


Korang selalu mimpi??? Ai jarang2 mimpi, memang boleh tidoq dengan nyaman lagi tenang. Tapi dah dekat seminggu asek mimpi pasal darah. Mula la nak tidoq malam2 ambil wudhuk, baca ayat kursi bagai...toleh kiri kanan sebab masa kecik2 dulu kalau sebut sal darah takut ada hantu 'tokak' (gigit)...asal kat kaki atau tangan lebam je dulu, tok ai kata ada hantu tokak. Walau dah berzaman ai masih lagi dibelengu alasan kolot niyh.


Tanya PakDaq, dia kata tatau ...malas nak layan ai la tuh!!! Makyah lak bagi ceramah sedas... mimpi tu permainan tidoq ja sebab hang tu tidoq kadang2 aku tgk bismillah pun takdan nak baca....ok ai insaf 5 menet.


Tapi tak puas ati punya pasal ai gugel dan ini result dia.

DARAH
  • menurut Islam:
    • Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya).

  • menurut Barat:
    • Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.


p/s: Kan best if mimpi tu bermaksud ai akan dapat harta yang berpanjangan...uishhh bestnya...tapi if mimpi itu membawa maksud yang ke2?????

Friday, June 11, 2010

Kita Tahu tapi....

Kita tahu berdosa bila kata kat orang
Tapi kita kata jugak
Kita tahu orang kecik hati bila kita kutuk depa
Tapi kita kutuk jugak
Kita tahu tak elok kita marah2 sangat
Tapi kita marah jugak
Kita tahu lebih baik kita tegur orang secara berdepan
Tapi kita pilih untuk kata kat belakang
Kita tahu kawan kita banyak kekurangan
So kita kena tegur untuk dia baiki kelemahan dan kekurangannya
Tapi kita pilih untuk kutuk dan mengata dia
Kita tau kawan kita banyak buat baik kat kita
Tapi bila dia buat 1 atau 2 salah
Kita pilih untuk lupa semua kebaikan dia


Kita tahu bila kita lambat orang marah
Tapi kita lambat jugak
Kita tahu apa akibat kalau bertangguh kerja
Tapi kita bertangguh jugak
Bila orang marah sebab kita lambat
Kita pulak kecik hati.......


Cita2 kita nak kurus
Kita tau berhenti makan sebelum kenyang
Tapi kita berhenti selepas kenyang betul2
Kita tau kita kena xcercise untuk sihat
Tapi kita pilih untuk rehat dari xcercise


KITA TAU APA YANG BAIK DAN APA YANG TAK BAIK
TAPI KITA SUKA PILIH YANG TAK BAIK
KENAPA AARRRRRR???????????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails