Ads @ ACHIQUE


Sunday, December 13, 2009

TIADA YANG FREE DALAM DUNIA NI

Hidup zaman moden ni tadak apa free kan...nak masuk toilet pun kena bayaq 2 kupang paling kurang.



Ni rentetan dari buruh kasar basuh keta. Petang tu memasing dah sibuk.


Anak penakan: Makcik jom la p playground.

Makcik: Mana ada playground kat Penang ni.

Anak penakan: Abah kata ada.



Ok, makcik surrender. Jom semua rombongan anak penakan makcik.



Lokasi kejadian: Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Dekat Sekolah Menengah Teknik Butterworth.

Masa: 6.00 - 7.10 ptg

Peserta: Rombongan anak penakan makcik



Disebabkan permainan yang sgt terhad, so semua kena men permainan yg sama. Yg berjaya habiskan benda alah ni hingga ke ujung, adalah syafiq. Yang len sekerat jooo....


Palyground ni dkt ngan tempat makan n pantai. Smua kedai makan tutup sbb raya aji (baca sbg, selamat duit makcik sbb kat c2 ada chicken chop sedap)



Dah habes pusing smua permainan yg ada, beralih p pantai plak. Janji yoyo orrr....kitorang janji dok kat sini ja.


Janji yang tinggal janji.



Lawan kutip kulit kerang. Gini la peelnya budak bandar balik kampung.


Hero berdua ni, apa pun bleh jadi..ultraman? Transformer...bilang aja.



Hasil pencarian. Paksa makcik ambik gambaq lagi.



Inilah tangkapan kami utk hari ni. Mau beli??



Dari sini leh nampak pemandangan KOMTAR. Tapi dek kerana henfon ai sgt 'superb' gini jelah hasilnya.




Hari dah semakin senja tapi tatap tamau balik lagi.


Seb bek burung ni sebagai penyelamat.



Makcik: Jom kita balik. Burung pun dah balik ke sarang

Anak penakan: Itu burung, kami tak sempat men pe2 pun lagi (yg dah kotoq tangan pun tak men pe2 lagi????!!!XXX!!!!

Makcik: Dah azan maghrib. Kalo maghrib kita kena watpa?

Anak penakan: Solat maghrib la.

Makcik: Haaaa dah tu, takkan nak solat kat sini, jom2...

Sigh...selamat makcik.



p/s: Selagi kaki masih terdaya melangkah, kan kutabur budi di mana yang memerlukan....budi bukan body!!!

Saturday, December 12, 2009

BUDAK BANDAR BALIK KAMPUNG

Gila lama ai tak hapdet blog. Anak penakan ai bermukim di kampung n lappy ni berpaling tadah. Takder peluang nak hampir, bukak lappy ja, lima menet kemudian terus penuh kat tepi2 ai.


Anak penakan: Makcik, kakak nak main game barbie bleh? Komputer makcik ada internet??

Makcik: Kay lah, makcik bagi kakak main setengah jam jer.

last2 dua jam dia depan lappy nih.



Sekarang depa semua dah balik ke kampung mertua kakak ai. So bleh hapdet tanpa gangguan.



Ari khamis, 3 Dis ari tuh, ai balik keje tgk x ada letrik. Adik ai kata 1 kg tadak sbb kabel meletup. Dalam kol 7.30 mlm pun tadak letrik lagi...bergelap gak la. Seb bek dah soh budak2 ni mandi awal.


Anak penakan ai semua dok setempat...depa semua penakut apatah lagi gelap. Tak bergerak2 duduk. Tetiba ja sopan abes, kalau idak jenuh berlari satu rumah!



Ai pasang je lilin, semua serbu kat lilin.


Gambar tanpa flash. Lepas pasang lilin, anak penakan ai jumpa toslet (torchlight) menan depa...dah la cahaya warna merah.....nampak cam ada lembaga lak. Walhal yg tu cahaya dari toslet menan depa.


Lilin penuh 1 rumah. Bila dah pasang lilin, jenuh lak kepung anak kaklong yang kecik tu, syahdan. Kat mana dia nampak cahaya, terus dia merangkak p kat lilin tuh.


Syahidah, Syafiq, Syazana n Syahdan dok berkumpul main setempat. Tak bani nye nak lari2 dalam umah, gelap2 macam tu.


Kak Idah, Abang Syafiq, Kak Nana n Syahdan....Syahdan tgh aim toslet abang dia.


Dalam kol 8.35 pm, lampu dah nyala. Letrik ada tepat pada masanya. Nak tengok Nenek Kebaya, TV9.


Dah ada letrik, masa nak padamkan lilin, brebut memasing. Kononnya tiup Happy Besday......imaginasi tinggi sungguh!!!!


Gini la ropanya lepaih dah ada letrik!!!



p/s: Jom pekena kopi 'o' dalam gelap.

Thursday, December 10, 2009

BIAR CERITA MENENTUKAN TAJUK

Pernah mengalami situasi macam ni tak?

Contoh 1

Sahabat uols ajak p makan char kuew teow (CKT) tapi sebenarnya uols tengen nak makan mee udang. So nak gitau kawan uols hasrat tu tapi dia beria2 ajak jugak p makan CKT. Siap gitau betapa bestnya p try makan CKT tu.....cemana nak gitau dia kata uols tanak p dgn cara yang tak mengecilkan hati dia????


p/s: Situasi yang hampir sama untuk perkara yang berlainan tetapi perlukan satu kata putus dan mungkin mengubah keseluruhan hidup ai................. :((

Monday, December 07, 2009

Sudahkah Anda Bersedia???





Rentetan dari video di bawah.



Adakah uols telah bersedia sekiranya ditanya tentang agama uols.



Tgh sembang, then member u (bukan muslim) tanya,

"why uols muslim kena sembahyang 5 kali sehari. Penat ooo, byk kali kena smbhyang."


Pastu soklan ke-2, "puasa cemana. Tak rasa nak mati ka, makan tak bleh, minum pun tak bleh".

Soklan ke-3, "Muhammad tu sapa? Bagus sgt ka dia bleh jadi Nabi. Cemana jadi Nabi, boleh mohon melalui borang ka?".



Soklan2 di atas bukan rekaan semata2. Ai pernah ditanya masa wat facial. Nak jawab pun takleh sembrono. Jenuh berpikir supaya jawapan yg diberi tidak mencerminkan yang kita hanya Islam pada nama tetapi tidak tahu tentang erti Islam yang sebenarnya.



Apakah maksud Islam dalam kehidupan? Mereka mahu tahu kenapa muslimah perlu memakai tudung. Kalo dijawab menutup aurat dan mengelakkan dari niat jahat orang, ada lagi soklan power, " Kalo camtu kenapa yang pakai tudung pun kena rape?".
Sebaik-baiknya kajilah tentang Islam dan kaitkan dengan sains. Sebab secara saintifik lebih mudah untuk diterangkan. Contohnya tentang amalan solat dan puasa. Banyak benefit tentang solat dan puasa yang dapat dibuktikan dari segi saintifik. Allah itu Maha Berkuasa dan manusia diturunkan ke bumi Allah untuk menjadi khalifah. Sama ada khalifah bagi kelompok yang besar atau khalifah kepada dirinya sendiri kerana diri sendiri merupakan insan yang paling sukar untuk dipimpin.



Setiap individu Islam perlu bersedia dengan sebarang soklan yang bakal ditanya mengenai agama iaitu Nur Islam. Dan sekiranya uols dapat jawab dengan baik dan berjaya meyakinkan orang yang bertanya, mungkin Allah buka pintu hatinya untuk memeluk Islam dan Insyallah ulos juga akan mendapat pahala apabila dia memeluk Islam. Berdakwah bukan semestinya dengan duduk di Masjid dan Surau serta berpakaian jubah dan serban. Jadikanlah ibadah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Oleh itu kefahaman dan amalan uols sebagai muslim sangat penting. Yang menjadi guru atau pendidik, lagi perlu bersedia kerana pelajar2 terutamanya yang beragama Kristian suka memerhatikan perilaku dan cara hidup muslim serta suka berdebat tentang agama.



Sekiranya kita tak dapat menjawab, kita dan agama kita akan diperlekehkan. Kita sama-sama memegang amanah sebagai seorang muslim maka peganglah amanah tersebut dengan baik dan laksanakan tugas dengan cemerlang. Semoga Nur Islam sentiasa menerangi kehidupan kita dan dirahmati serta diberkati oleh Yang Maha Esa dalam setiap perbuatan. Amin......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails