Ads @ ACHIQUE


Friday, May 31, 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum....
Musim cuti sekolah bermula... Dah nak habis seminggu pun sebenarnya.

Aktiviti apa yang budak2 buat bila balik kampung?
Main bola?
Main tinting (aku panggil jengket)...ala yang lukis petak2 kat tanah lepas tu cari batu tanda tu untuk tentukan kedudukan kita.


credit:  http://yun83.blogspot.com/2011_04_01_archive.html

Macam ni lah rupanya jengket tu.  Ada lagi satu versi, tapi aku tak jumpa dalam google. Malas la nak melukis bagai.
 Atau main zeropoin (main lompat2 guna getah tu)?

Tapi anak penakan aku sibuk dok hadap tablet, komputer....benda yang sama depa buat kat rumah depa. Cuma tempat ja yang berbeza, aktiviti sama ja...huhuhu...

Sampai la abang aku kata baik takyah balik kampung kalau asyik dok main benda2 tu. So depa abah dia dok buat aktiviti lain untuk depa rasa macam balik kampung.


credit:  http://www.radioinformasi.com/tag/buluh-bedil/

Nama benda alah kat atas tu caplung or buluh bedil. Jenuh aku cari nama dia dalam google sebab aku taktau nama dia. Habis keluar nama caklempung, senapang pong bagai.  Hahaha nama dia adalah CAPLUNG.



Ni hah video, anak2 dan bapak dok demo cara nak main Caplung. Tapi aku ambil video ni dari belakang so takder la clear sangat. Korang tonton jelah. Layannnnnnnnn.....................

Wednesday, May 29, 2013

Masa Yang Berlalu

Assalamualaikum,

Benar kata orang, menulis memerlukan kekuatan.  Bukan kekuatan fizikal tapi semangat yang kental.  Banyak cerita yang terpendam, banyak kisah yang tidak mahu dikongsikan, banyak sangat fikir menyebabkan aku menjadi semakin tak tahu hala tuju blog ni. Nak menulis tentang apa. Sakit hati sekiranya ditulis di sini mungkin akan membuka pekung di dada. Jadi bila dibiarkan begitu lama, semangat untuk menulis semakin merudum.

Jadi mari sama-sama kita 'polish' kembali akan semangat itu menyinar. Huhu.

Lama-lama tak lama aku tak menulis, nilah buktinya.


Dari budak ni hanya tau tidoq terlentang dan menangis ja sampailah dah pandai  macam2.....

La ni dah pandai marah makcik.
Pandai minum air dalam cawan.
Pandai punggahkan baju yang dilipat.
N dah pandai jalan bertapak2....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails