Ads @ ACHIQUE


Tuesday, May 25, 2010

Jom Kita Canang

Situasi 1
Ada 3 orang sahabat, Aina, Bad, dan Chong. Satu hari ada orang datang cerita pada Chong pasal hal Aina....hal ni tak baper best nak dengaq la, contohnya Aina ni selalu pinjam barang tapi taknak pulangkan. Sekiranya anda adalah Ah Chong, apakah tindakan anda?

A: Menceritakan kepada Aina dengan hasrat Aina dapat memperbaiki diri
B: Menceritakan kepada Bad sambil menyatakan 'bilalah Aina ni nak berubah'
C: Membawa mulut kepada semua orang dengan mengatakan 'Aina tu mmg macam tu! Dah sploh tahun aku kawan, aku tau la perangai dia macamana'
D: Lantak hang la....ada aku kesah!!!!


Cuba kita bayangkan perkara ni terjadi dalam satu organisasi bekerja. Sekiranya kita dapat aduan tentang kawan2 kita, perlukah kita terus mencari kesalahan kawan sekerja kita tu. Sekiranya kita terus mencari kesalahan kawan sekerja kita dengan niat untuk memperbetulkan yang salah mmg dialu-alukan. Tetapi sekiranya kita mencari maklumat tentang kesalahan itu sekadar untuk kita nak hebohkan kepada orang lain dan masa tu orang lain akan nampak betapa hebatnya kita ni.....aku nak cakap....rajin2 la wat keje tu!!!!! Maklumat yang diperolehi dari satu pihak ni belum tentu kesahihannya. Ai malas nak ulas panjang2.........


Hidup ni, ramai yang baik secara berdepan......sebab tu orang tua2 ada kata 'cakap siang pandang2, cakap malam dengar2'...maksudnya berhati2 dalam setiap pergerakan....


Untuk seorang kawan, ko rajin2 la sebarkan apa yang ko rasa tak betul tu sebab diri ko tu dah sangat 'betul macam pembaris' kan????

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails