Ads @ ACHIQUE


Sunday, June 09, 2013

Langkawi dan Kursus Part II

Seperti yang dijanjikan.... di entry sebelumnya.

Ni sambungan cerita kursus yang aku kena p as fasilitator.

Kursus ni bermula 18 Mei 2013. Tapi aku kena p 17 Mei 2013.  Segala urusan untuk majlis penutupan perlu diselesaikan sebelum semua peserta datang.  Sebabnya progra nanti akan melibatkan banyak pergerakan (dari satu tempat ke satu tempat). Jadi nanti takder masa dah nak selesaikan majlis penutup tu.

Aku dan ruhil bertolak dari Kuala Perlis jam 3.00 petang.  Pukul 4pm sampai Jeti Langkawi.  Paklong, Encik Majid dan Encik Mohd Noor dah janji nak mai ambil sebab depa dah datang awal dua hari untuk menguruskan kemasukan kenderaan rasmi polteknik ke Langkawi.  Tunggu punya tunggu lebih kurang jam 5.15 pm baru sampai.  Yang tadi dok kata kami dah on the way, aku pasti bukan on the way ke jeti tapi on the way ke tempat lain kot...seb baik ada ruhil. Sementara dok tunggu kami dan lagi lepak sambil makan sambil gosip kat kenny rogers. Selesai...

Ruhil yang selalu ada untuk aktiviti2 outdoor. Kalau takder dia, aku pun tanak p untuk aktiviti2 outdoor lagi. Ruhil ni geng sejak aku join unit sukan tahun 2006. Walaupun dah keluar dari unit sukan tahun 2009, tapi kalau ada aktiviti apa2 yang nak ajak aku, mesti ajak ruhil. Kalau tak, aku tanak ikut. Mati kutu takder geng.

Petang tu, terus p National Sailing Centre.  Bleh rujuk kat sini untuk info lanjut pasal NSC.

Esoknya, 18 Mei 2013, pagi2 lagi dah ready untuk p beli hadiah bagi cabutan bertuah.  Dari jam 9am sampai ke jam 12am kitorang dok kat Idaman Suri. Bleh agak la kan, hadiah apa yang kitorang beli unuk cabutan bertuah.

Den tunggu peserta sampai kat Jeti Kuah.  Petang tu lepas lunch, kitorang disambut dengan hujan yang sangat lebat beserta angin puting beliung.  Tengok video kat bawah:



Malam tu, semua peserta tidur di asrama National Sailing Centre (NSC). Urusetia semua di Simfoni Resort sebab bilik di NSC dah takder yang kosong.  Bangunan NSC dan Simfoni Resort sebelah menyebelah. So bleh jalan kaki ja.
 Simfoni Resort Langkawi
Simfoni Resort ni jenis penginapan apartment. Ada dua bilik so bleh masuk 4 orang.

Hari pertama, semua peserta diberikan latihan water confident dan pengendalian kayak.  50% daripada peserta tidak pernah berkayak langsung.  Satu cabaran buat peserta dan urusetia menanti esok!

Cerita selanjutnya....esok dan hari yang mendatang.

Wednesday, June 05, 2013

Kursus dan Langkawi

18 - 22 Mei 2013
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KPT

Tajuk adalah dirujuk.
Aku adalah salah seorang AJK. Tugas yang didaftarkan:  Bendahari.
Tugas sebenar:  semua kerja yang diarahkan oleh Pengarah Program.


Yang baju hijau adalah pengarah program:  Encik Abdul Aziz bin Ishak

Yang berbaju biru di hadapan:  Pengarah Politeknik Seberang Perai:  Tuan Haji Zulkifli bin Ariffin

Yang berada di belakang:  semuanya orang kuat program yang sama2 menjayakan program ini.

Program ni disertai oleh YDP MPP setiap politeknik semalaysia.  Seorang wakil dari setiap politeknik.  Tanpa mengenali rakan, buddy, perangai, ragam setiap kawan, mereka perlu melalui program yang telah diatur sepanjang 5 hari.

Hari pertama:  18 Mei - Ketibaan di Pulau Legenda Mahsuri. Aku p awal sehari, nak uruskan majlis penutup. Banyak urusan pengurusan yang perlu diselesaikan.

Hari kedua:  Peserta berkayak ke Selat Panchur.  Sangat mencabar, hanya ada air laut, air terjun, pantai dan pokok di Selat Panchur.

Hari ketiga:  Berkayak ke Pulau Tuba.  Xtvt bersama penduduk di Pulau Tuba.  Beach Cleaning.

Hari keempat:  Berkayak pulang ke National Sailing Centre.  Malam majlis penutup bersama YB Nor Saidi bin Nayan.

Hari kelima:  Balik.

Hari keenam:  aku cuti.

Cerita lanjut, tunggu entri seterusnya.

Saturday, June 01, 2013

Orang Bujang Senang?

Assalamualaikum....

Pesanan penaja:  Ini bukan entri berkenaan ketidakpuasan hati cuma ingin mengupas dari perspektif yang sedikit berbeza.

Bujang vs Berumahtangga.

Kebanyakan orang yang aku jumpa mempunyai satu pandangan yang sama berkenaan orang bujang.  Bujang tiada tanggungan. Duit mereka berkepuk. Sebut apa saja, semua boleh jadi kenyataan.  Namun tak semua kenyataan sedemikian rupa.  Mungkin sekiranya si bujang yang bekerja masih ditanggung oleh ibu bapa atau ibu bapa mempunyai pencen yang banyak. Jadi si bujang tersebut memang duit berkepuk.

Tapi dalam sekelompok orang bujang dia perlu berusaha untuk diri dia sendiri.  Dia juga perlukan kereta, rumah, makan, bil perubatan, insurans, supplement, pakaian dll. So perbelanjaan dia lebih kurang sama cuma tidak melibatkan anak. Tapi si bujang menanggung perbelanjaan seorang diri manakala yang dah berkahwin, pendapatan adalah gabungan berdua. Dan bagi si bujang, hari tua juga perlu difikirkan. Sememangnya Qada' dan Qadar adalah ketentuan namun Doa dan usaha adalah penting.  Bagi si bujang, hari tua adalah satu perkara yang mungkin menjadi satu igauan buruk.  Bagaimana menghadapi hari tua keseorangankah? Ditemani adik beradikkah? Sememangnya ada jodoh menunggu di usia lanjutkah? Siapa pun tidak tahu.

Jadi perlu ada sedikit simpanan menjelang hari tua. Buat belanja selepas tidak bekerja.  Umur kita sampai bila, itu adalah rahsia Allah.  Namun bagi aku sedikit ingatan adalah perlu.  Doaku, matiku tidak menyusahkan sesiapa. Sama ada dari tanggungan hutang atau segala.

Aku pohon kesudahan yang baik dariNYA.

Friday, May 31, 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum....
Musim cuti sekolah bermula... Dah nak habis seminggu pun sebenarnya.

Aktiviti apa yang budak2 buat bila balik kampung?
Main bola?
Main tinting (aku panggil jengket)...ala yang lukis petak2 kat tanah lepas tu cari batu tanda tu untuk tentukan kedudukan kita.


credit:  http://yun83.blogspot.com/2011_04_01_archive.html

Macam ni lah rupanya jengket tu.  Ada lagi satu versi, tapi aku tak jumpa dalam google. Malas la nak melukis bagai.
 Atau main zeropoin (main lompat2 guna getah tu)?

Tapi anak penakan aku sibuk dok hadap tablet, komputer....benda yang sama depa buat kat rumah depa. Cuma tempat ja yang berbeza, aktiviti sama ja...huhuhu...

Sampai la abang aku kata baik takyah balik kampung kalau asyik dok main benda2 tu. So depa abah dia dok buat aktiviti lain untuk depa rasa macam balik kampung.


credit:  http://www.radioinformasi.com/tag/buluh-bedil/

Nama benda alah kat atas tu caplung or buluh bedil. Jenuh aku cari nama dia dalam google sebab aku taktau nama dia. Habis keluar nama caklempung, senapang pong bagai.  Hahaha nama dia adalah CAPLUNG.



Ni hah video, anak2 dan bapak dok demo cara nak main Caplung. Tapi aku ambil video ni dari belakang so takder la clear sangat. Korang tonton jelah. Layannnnnnnnn.....................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails