Ads @ ACHIQUE


Saturday, January 30, 2010

Dah! Stop!!!!

Wahai blog ku........... ini lah nasibku............



Kay, result PTK untuk tahun lepas dah kuar. PTK ni maksudnya Peperiksaan Tahap Kecekapan. Kalo sapa keje gomen mesti tau menda alah ni....menyesakkan palotak tol!!!! lol!!!


Syarat untuk untuk menduduki semula PTK adalah dengan mendapat keputusan C atau II dan ke bawah. Kalau dah dapat B atau III maksudnya dah takbleh ambil semula. Redha jelah. Setakat ni ja rezeki ai....tsk...tsk...tsk...

Tuesday, January 26, 2010

Ai Tak Mampu Nak Buat Sorang

Hai uols....


Assalamualaikum,


Hidup ni mesti tak meriah kalau kita hidup sorang2. Buat apa pun, semua sorang2. Tak cukup kaki tangan nak kejar kalau semua benda nak kena buat sendiri. Sebab tu la Allah syorkan kita hidup bermasyarakat. Orang tua2 pun pesan, 'jangan jadi kera sumbang'.


K sebelum merapek panjang, ai nak ucapkan TQ bebanyak kat kawan seperjuangan, sejawatan yang ambil alih tugas2 ai mengajar selama 3 bulan hari tu. Dari end of July, ai p attachment sampai Oct 2009. So tak masuk keje la selama tu. Dan tugas2 ngaja, member2 ai dah ambil alih. Dari A to Z diorang wat. Ngajar, marking assignment, kuiz n ujian. Disebabkan rasa terharu dan tergaru maka ai pun berniat nak banjer semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.....oppppsss, yang terlibat membantu 'assist' ai punya kelas. Thanx from deep of my heart to Su, Isratun, Dba, Mas (takder dalam gambar) dan yang banyak membantu di belakang tabir, Paksu, Paklong dan Oya).


Tapi ai ni jenis yang suka bertangguh. Jadinya walaupun dah habes attachment bulan Oct 2009, Januari 2010 baru tertunai hajat. Bila la nak ubah tebiat buat keje bertangguh ni. Ok, jadikan dia sebagai salah satu azam tahun baru....dengan ini saya berjanji untuk buat kerja semi bertangguh sahaja. Sebab orang tua2 kata kita kena berubah perlahan2, tak bleh drastik so tahun ni semi bertangguh, tahun depan baru tak bertangguh langsung.....~lalalalalalalala~.....



Jom order....bleh amik course by course atau ambil main course jer.


Sementera nak tunggu makanan sampai, mari kita berposing dulu. Senyum tau walaupun perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana......kalau tak senyum nanti orang kata kita garang + jahat!!!!



Menu course by course:
Starter : Salad
Main menu: Chicken deep fry (apa ntah nama penuh dia..dah tak ingat)
Desert: Eskrem
Drink: Sedap tau, hat ni pun tak ingat nama (chocolate + cappuccino ice kot)


Bila makanan dah sampai, semua orang terus diam dan layan makanan jer. Masa ni sapa cakap pun, tak dapat respon...huhu...


Dah habes makan, dah boleh senyum manis. Muka orang jahat pun dah tak kelihatan, kan Su kan........Su, aku ingat sampai mati soalan untuk lecturer jahat tu!!!!!


Sebenarnya bantuan dan pertolongan depa semua takdak nilai untuk dibalas. Tak terbalas dengan makan tengahari jer. Ai doakan semua sahabat2 di sekeliling ai semuanya dalam keadaan dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Setiap malam ai berjanji untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas tapi percayalah ikhlas tu sangat jauh untuk dicapai dan sangat sukar untuk dilaksanakan. Tanpa tekad yang sangat padu, impian mungkin berciciran di tengah jalan.



p/s: Lebih baik diam dari berkata2. Apa yang keluar dari mulut kita, mungkin tak sama dengan yang didengari di telinga orang lain. Rambut dah tak sama hitam maka hati pun lain2.

Monday, January 25, 2010

Ai Kaya Cakap Lu!!!!


Tetiba ai rasa sangat kaya. Kawan2 ai, korang nak apa ai ok ja bleh banjer....Jom shopping. Ai dapat duit tunai 1 juta pound. Makan 7 keturunan pun tak habes nih!!!!!!!!!!


Ada ka sapa2 yang dapat email cam ni dan terus balas apa maklumat yang dikehendaki tu? Ingat lagi dak satu ketika dulu, Fafau dari Hotfm penah kol satu Mat Saleh yang dah kikis duit wanita Malaysia. Mat Saleh baru bangun tidoq masa Fafau kol, tapi selamba jer cakap sayang, I Love U...... bagi ai, rezeki takkan datang bergolek. Semuanya kena usaha, dan ai tak baper percaya dengan duit tiba2 dapat! U tak payah buat apa pun, letak RM5000 dalam masa 3 bulan dapat RM50k. Tengen sangat nak percaya tapi hati sukar mau percaya......


p/s: Ada ke yang nak bagi kat ai buta2 sebulan RM3k dengan syarat ai kena dok rumah....kalo macam tu, ai rela u dengan syarat RM3k tu untuk belanja ai jer....terus mata berubah jadi mata duitan..........uhuhuhuhu

Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Ada 2 situasi? Dua2 menuju ke arah matlamat yang sama. Menggunakan kaedah yang sama tapi alatan yang sedikit berbeza. Namun memberikan impak yang sangat2 berbeza.

Tindakan yang kreatif sekiranya anda kehabisan brooch atau brooch tetiba rosak dan ketika itu anda berada di opis. Paper clip can save u!


Another one, u have to buy....2 for RM10.00.



So yang mana satu pilihan hati?????? Pilih jangan tak pilih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails