Kau dan aku
Meniti hari bersama
Merempuh panasnya terik mentari
Meredah hujan membasahi bumi
Pertemuan demi pertemuan
Mulanya atas nama persahabatan
Namun hati tiada pagar dan sempadan
Dalam kedewasaan
Hati kau dan aku mula berbicara
Tanpa keizinan jasad
Tuan yang empunya
Hati mula merangka
Pelangi yang indah
Pelangi
Hadirnya seketika
Hadirnya cukup bahagia
Hilangnya tinggalkan duka
Di mana hilangnya
Tanpa bayang
Tanpa jejak
Tanpa kesan
Setelah hujan turun
Menyapu jejak2 tinggalan pelangi
Mentari hadir memberikan kehangatan
kepada hati yang kedinginan
Tika langkahku penuh ketenangan
Pelangi muncul
Tanpa diundang
Tetap indah dipandang
Namun tinggi di awanan
Tak terjangkau dek anganan
Hilanglah kau wahai pelangi
Pergilah dari khayalan
Lenyaplah dari pandangan
Tanpamu, mentari dan hujan
Tetap setia
Menemankan bumi
Dan aku masih di sini
Kalau nak belajar Statistik atau Cukai, sila masuk kelas. Kat sini tempat ai menulis apa yang ai nak tulis
Ads @ ACHIQUE
Tuesday, January 05, 2010
Monday, January 04, 2010
Demi Cinta (^_^)

Cinta membawa maksud yang luas. Cinta kepada Maha Pencipta, Negara, Ibu Bapa, Sahabat, Ilmu dan pelbagai kegilaan cinta yang ada dalam dunia ini. Tapi hari ni ai nak membincangkan cinta antara manusia, lebih kepada cinta adam dan hawa.
'Cinta mempunyai pengaruh yang khas di dalam kehidupan manusia. Cinta itu buta. Cinta itu tidak bermata. Cinta itu indah. Cinta itu racun. Cinta itu penawar' (Fatimah Busu, 2008).
Apa yang sanggup dilalui demi cinta???
Ada yang sanggup bermatian mendapatkan cinta yang diingini, yang dipujai siang dan malam. Selepas diperolehi cinta itu, maka dibelai, dibajai agar wangian cinta mengharumi taman kehidupan. Bertuahlah mereka yang dapat memperolehi cinta yang diidamkan, maka peganglah cinta itu dengan kuat agar tidak terlepas dari jangkauan.
Ada yang sanggup berkongsi kasih kerana merasakan cintanya yang asli lagi sejati hanya untuk si dia yang sudah berpunya. Minta dijauhkan penyakit cinta yang macam ni melekat kat ai. Kadang2 cinta yang tidak bermata ini menyebabkan ada pihak yang kecewa, terguris hati dan perasaan. Maka demi membina sebuah kebahagiaan, ada kebahagiaan lain yang terpaksa dikorbankan.
Ada cinta yang bahagia apabila melihat yang dicintainya bahagia. Biar dia derita dan sengsara mengenangkan cintanya yang tak kesampaian. Namun bila melihat yang tersayang, yang sekian lama bermukim di hati bahagia bersama orang dipilih untuk hidup di sisi maka bahagia itu juga terpercik kepadanya. Rahsia Yang Maha Pencipta sangat luas, hanya ditakdirkan mereka bertemu, berkongsi kasih dan sayang hanya sebagai sahabat bukanlah sebagai teman sehidup semati. Redhalah hati kerana pasti ada hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Ada yang mencintai tetapi tidak dapat memiliki. Namun enggan jua melihat san pujaan hati dimiliki insan lain. Tidak sanggup untuk berkongsi kasih. Kerana dia tidak dapat memperolehi pujaan hati maka yang lain juga tidak perlu mendampingi. Maka bahagiakah sang pujaan hati? Bukankah cinta itu bahagia namun cinta juga boleh menderitakan...
Hidup ini perlu banyak memberi untuk memperolehi. Redha atas apa yang berlaku dan ikhlas dalam memberikan kasih sayang kepada setiap yang bernyawa di muka bumi ini. Tapi bukan senang untuk memberi dan mendapatkan keihklasan. Kadang2 nampak baik tapi berpura2, namun yang berpura2 itu senang untuk nampak baik (fahamkah????). Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang difikirkan oleh setiap umatnya. Berdoa agar kebenaran akhirnya muncul kerana yakin dengan qada' dan qadar itu adalah kewajipan. Insyaallah lambat atau cepat pasti kekusutan cinta akan terlerai. Doa, Usaha dan Bertawakkal atas sesuatu kerana Allah ada jawapan atas setiap perkara yang terjadi.
p/s: Terima kasih kerana pernah mewarnai hidup ini...tidak pernah wujud sesalan akibat pertemuan namun bersyukur kerana pernah dipertemukan.....minat, sayang, kasih dan cinta adalah istilah yang hampir sama namun berbeza.....ai pasrah......
Apa tandanya kalau......
Kalau kelopak mata sebelah kiri asek berkedip2. Dah dua hari jadi cenggini. Ada berita baikkah, burukkah atau apakah??? Teringat pesanan Bangah ai kat anak dia, Hannah, kalo nak tau apa2 Hannah taip je kat Google tu, semua maklumat ada. Kay, ini hasil dari google:
1) Bakal dapat petanda buruk @ menyedihkan (kepercayaan orang melayu)
2) Bakal dapat berita gembira @ petanda baik (kepercayaan orang indonesia)
3) Pandangan saintifik ------> Kadar kolestrol makin tinggi. So memerlukan vitamin E.
Kemudian kena la google apa kepentingan Vit E. Nah ini dia, ai sajikan untuk uols:-
1) Bertindak sebagai antioksida yang berfungsi melindungi zat yang lain supaya sel tidak menjadi rosak.
2) Menurunkan kadar kolestrol dalam darah (bahan-bahan lemak dan kolestrol menjadi bendalir supaya ia boleh bergerak melalui saluran darah)
3) Melindungi dari mengidap sakit jantung.
4) Meningkatkan kadar tenaga otak serta mencegah hilang ingatan dan merawat penyakit sistem saraf.
5) Menolong merawat penyakit hepatitis.
6) Mencegah kulit muka dari cepat tua dan berkedut.
7) Mencegah dan merawat penyakit batu karang dan hempedu.
8) Merawat dan menghilangkan ketagihan terhadap dadah.
9) Memainkan peranan penting dalam proses pembiakan benih air mani wanita dan lelaki.
Vitamin E paling baik jika diambil bersama dengan lecithin. Kedua2nya boleh didapati di farmasi secara berasingan.
p/s: Sat lagi jugak ai p farmasi beli vit E, yg paling penting untuk sebab no. 6.....aaawwwww
1) Bertindak sebagai antioksida yang berfungsi melindungi zat yang lain supaya sel tidak menjadi rosak.
2) Menurunkan kadar kolestrol dalam darah (bahan-bahan lemak dan kolestrol menjadi bendalir supaya ia boleh bergerak melalui saluran darah)
3) Melindungi dari mengidap sakit jantung.
4) Meningkatkan kadar tenaga otak serta mencegah hilang ingatan dan merawat penyakit sistem saraf.
5) Menolong merawat penyakit hepatitis.
6) Mencegah kulit muka dari cepat tua dan berkedut.
7) Mencegah dan merawat penyakit batu karang dan hempedu.
8) Merawat dan menghilangkan ketagihan terhadap dadah.
9) Memainkan peranan penting dalam proses pembiakan benih air mani wanita dan lelaki.
Vitamin E paling baik jika diambil bersama dengan lecithin. Kedua2nya boleh didapati di farmasi secara berasingan.
p/s: Sat lagi jugak ai p farmasi beli vit E, yg paling penting untuk sebab no. 6.....aaawwwww
Penutup 2009
Dah beberapa ari, plan nak p makan kat sini. So Khamis petang, 31 Dis 09 we alls make it jugak.
Radix Oriental Cuisine di Sungai Petani. Dekat ngan Tesco (lama) dan Village Mall. Nak bagi map nak p sana, ampun dan maaf sebab ai pun Oya and Dba yang bagi pandu arah kalau tak, agaknya makan kat Mc Donald pandu lalu aja.
Tengok decoration dia masa mula2 masuk restoran, dalam hati terdetik mesti best ni makan kat sini. Sapa pun takleh bagi review sbb semuanya 1st time mai makan kat sini.
Makanan sampai satu persatu dan membuatkan ai telan air liur berkali2 sebelum semuanya siap dihidangkan. Jadi untuk distraction kepada makanan tu, ai merajinkan diri membahagikan tomyam dan isinya ke dalam mangkuk2 kecil.
Butter n egg prawn.
Sayur kailan ikan masin. Menu wajib bila ambil tomyam.
Menu tambahan oleh orang yang tamak, sotong goreng tepung. Last2 sekali makan sket ja sbb dah terlampau kenyang. Sotong goreng tepung dia takleh lawan kebaboom dan terbaek dari Kuala Perlis.
Steamed kerapu with nyonya style. Yang ni memang kebabom dan terbaek. Hingga menjilat jari wa cakap lu.
Betul kan Ba, ikan tu sangat sedap??? Licin ngan kuah2 dia kami kerjakan. Kuah dia ada rasa masam2 sket, tak bape pedas tapi sangat menawan hati. Rasanya ada dimasukkan bunga kantan sbb bau wangi bunga kantan tu.Review setelah makan:
Makanan dia ok2 jelah
Kalau nak cari dim sum, wantan, tofu atau makanan cina takder yea walaupun namanya Cuisine Restaurant.
Bolehlah kalo nak try sesekali
Yang best dia masa kitorang makan, ikan kerapu stim tu lah dan
Yang memudahkan, ada surau sekali ngan telekung etc utk solat bila tiba waktunya.
Penutup untuk tahun 2009. Lepas ini ketiga-tiga makhluk Allah ini, ai, dba dan oya, berjanji kepada diri sendiri dan masing-masing berazam dengan hebatnya kepada kawan2 dan diri sendiri. Bahawasanya saya akan menjauhkan diri saya daripada jatuh cinta dengan makanan. Wait n see after 2 months. adakah janji tinggal janji atau ada sesuatu dengan janji.p/s: Cekidaud after two months from now.
Labels:
jalan2 cari makan,
sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)