Ads @ ACHIQUE


Sunday, December 06, 2009



Apa pendapat anda????

Thursday, December 03, 2009

BURUH KASAR

Sonang jo nak dapat buruh kasar ni...upah potong rambut ja. Balik dari kedai Nyonya potong rambut tu, ai tanya depa:


Makcik: Sok kita basuh keta makcik, nak tak?

Anak penakan: OOOOOOOkkkkkk....


Bangun je pagi, dah tanya bila nak basuh keta. So ai pesan, sapa nak basuh keta jgn mandi dulu. 3 orang ni jer yg tak mandi lagi

2 lagi hero dah siap menyanyi2 sambil berlakon jadi Ben 10 dalam toilet nun.


Hero Ben 10 kaler ijau, majuk sebab tak dapat basuh keta.

Makcik ni, orang nak basuh keta pun tak bagi!!!!


Yg pompuan bergumbira mengusik adik2 hero depa


Abang syafiq dah mula angkat kaki....sambil mengomel...

Makcik ni asek tipu kiter jer kan darwish. Kata nak basuh kete tapi tak kasi pun kita pegang sabun n getah paip ayaq tu....

Sapa soh mandi awai sangat hero2?? Lagipun depa ber2 tu nak men ayaq je yg lebih!!!


p/s: Sgt njoy boleh simbah2 ayaq n baling2 sabun sesama sendri....

KORBAN HARI RAYA

Orang len sibuk berkorban kambing, lembu bagai di Hari Raya Aidiladha ni.


Lupa lak, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA utk semua. Moga pengorbanan yang ikhlas lagi suci hati diterima oleh Allah Yang Maha Mengetahui.


Aktiviti ai di hari raya korban....jeng...jeng...jeng....ingat pilem hantu ka cikgu achique???


Kali ni raya, adik badik ai smua berkumpul. Ptg tu, ai ajak anak penakan ai syazana n hannah p potong rambut...rimas tgk depa berambut panjang...hehe tetiba wat decision tak tanya mak abah depa. Petang tu...jom cepat sapa nak potong rambut..ikut makcik...tetiba ada sorang lagi kena ikut, abah dia suruh...


Hai saya Bangah tapi bila makcik saya marah saya, dia panggil saya DARWISH!!

Saya pun nak potong rambut gak.....auntie, atas no.3, tepi no.1. Tersenyum2 auntie tu dengaq dia bg arahan.




Makcik!!! leher saya gatal ni...

Macam2 hal sementara nak tunggu siap


Bila nak siap ni???


Turn Kak Nana.


Senyap ja menadah kepala. Tapi sempat pesan kat auntie tu, jgn potong belakang tau, trim depan n tepi jer sket.....dah besar anak penakan makcik. Sibuk nak bergaya memasing.


Hannah lak, rambut dia lurus cantik tapi tebal sangat. Nak simpan panjang sbb nak ikat tocang cumanya rambut depan dah tutup mata. Tu yang kena korban potong gak.




Lepaih potong, makin terserlah ketembamannya. Jgn la kata dia tembam berdepan, mau mrajuk sehari tanak cakap. Hehehe.


Makcik punya turn tadak gambaq na...


p/s: Murah tak, 4 orang potong rambut kene caj RM19.00???

Wednesday, December 02, 2009

KALAU ADA SUMUR DI LADANG....



Ari ni, my Pengarah dah sibuk2 mengemaskan barang2 utk berpindah. Barang2 pun dah diangkut nek lori. Beliau berpindah ke Politeknik Jeli Kelantan. Sedar tak sedar dah empat tahun beliau berkhidmat di PSP. Banyak pengalaman , cerita, suka duka yang dikumpul selama 4 tahun ni.



Selama ai keje di PSP baru 2 pengarah ai berkesempatan utk bekerja bersama. Pengarah yg 1st, Puan Ashah, ai just kenal dia as Pengarah dan jarang sekali nak berjumpa atas urusan rasmi jauh sekali urusan peribadi. Lagipun takder hal penting ai takkan jejak kaki ke situ....pejabat pengarah seram sket nak jejak. Tatau la sal pa, mungkin masa tu baru keje, masih takut2, tak konfiden dan mcm2 perasaan. Cuma yg ai sgt pasti, Pn Ashah sgt bersemangat ttg sukan. Masa ai jd pegawai pengiring di MSP 2004 di Arau, Perlis dan MSP 2005 di Kota Bharu Kelantan, beliau mmg jenis yang turun padang. Setiap venue pertandingan, beliau akan mlawat dan masa tu lah merasa beramas mesra ngan pengarah...awwww gitu.....



Ni Pengarah yang ke-2, Tuan Haji Azahan bin Othman.


Byk perkara yang ai belajar dari Tn Hj. Seingat ai, 1st time ai jumpa Tn Hj, masa tu Wan nak wat projek yg melibatkan Kementerian Pengguna, nak dapatkan approval projek, so bw project paper nak bincang ngan Tn Hj. Wan takut nak p sorang, ai sekadar peneman ja.


Then ai dapat offer utk jd SU Unit Sukan (Julai 2006). Start dr tu, ai byk kena jumpa Tn Hj sbb byk memo utk Tn Hj tandatangan. Tn Hj ni dikenali dgn keterbukaan dia, sng nak communicate. No. tepon pun dipampangkan kat depan gate poli, supaya senang sapa2 nak contact atau nak ngadu masalah ttg students etc. Pastu jenis yang bersemangat waja.....Kalo jumpa Tn Hj petang2 utk dptkan tandatangan memo....ai mmg dah berserabai giler sbb tak larat (konon bz byk keje yg tak larat bagai...), msti dapat ayat ni dari Tn Hj...


Tn Hj : Napa Zah, nampak letih ja.

Ai: Biasa la Tn Hj, dah ptg (nak gitau betapa tak ngelatnya ai wat keje sampai penat ke petang.... :))

Tn Hj: Saya takder masalah ngan petang, semangat lagi nih!!!!


Dalam hati.. Tn Hj keje dlm ekon...saya ni berpanaih tau!!! dah la Unit Sukan tu takder PAR (kerani), saya la kerani, opis boy, tea lady, tukang sapu sampah....macam benar ai wat semua keje tu!!!! hahaha



Masa ni ada kusus SMD. Tn Hj mmg rajin turun padang, rajin ronda sekeliling poli. Kalo ada kusus n berkesempatan msti nampak muka Tn Hj nye.


Bukan senang nak jadi ketua. Masa mula2 dulu, byk gak yg ai tak puas ati tapi bila difikirkan, Tn Hj kena pikiaq utk 1 poli, ai cuma pikiaq ai punya unit ja. Pasti ada kekurangan tapi kekurangan tersebut cuba utk disempurnakan. Kadangkala kita tak nampak apa yg cuba diperbaiki sbb kita tak cuba pun utk berpikir ke arah yang ketua kita sdg fikirkan. Yg kita fikirkan kita berada di 'comfort zone" n kita tanak beralih walau sejengkal pun.



(Kompom, ai makin gemuk...tetiba ja)...


Terima kasih buat tn hj, bagi ai peluang utk belajar di unit sukan sambil menanggung kerja Ketua Kursus selama 2 thn. Perit jerih itu memberikan pengalaman yang tak terhingga dan tak mungkin dapat dikutip di mana-mana pun. Apatah lagi kalau nak beli di kedai Ah Kow kat simpang 4 kampung ai.


Byk kata nasihat serta kisah tauladan yang Tn Hj sampaikan, insyaallah akan dijadikan tauladan. Ai sgt kagum dgn daya ingatan Tn Hj, yg boleh ingat setiap nama staf yg penah berurusan dengannya. Ai setakat boleh ingat muka, nama belum tentu. Kalo nak dikarang setiap masa dan detik yang dilalui dan dipelajari dari Tn Hj sampai thn depan belum tentu abes punya.






Ai n dba, tolong anto hadiah Tn Hj lepas Majlis Program Usahawan. B4 balik sempat lg berterima kasih, bermaaf bagai, tak lupa juga posing sekeping dua.


Khas untuk Tuan Haji Noor Azahan Othman:
Jutaan terima kasih
atas kepercayaan dan
Peluang yang diberikan.
Terima kasih atas segala kata nasihat
Terima kasih atas semua kata semangat
Ampun maaf atas semua prasangka
Sudi ampuni segala keterlanjuran kata
Sudi maafi atas kekhilafan yang ada

Doaku, dari kejauhan
Biar berlalu mendungnya awan
pasti muncul pelangi jaminan
Ku percaya segunung harapan
Pasti muncul di hadapan Tuan....


p/s: Allah Maha Mengetahui setiap gerak laku hambanya yang melata di muka bumi ini.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails