Ads @ ACHIQUE


Friday, August 26, 2011

Anak Sedara

Anak kekbah @ puan adiebah. Tunggu makcik p melawat na...tak sabaq nak cubit pipi. Yeehaaaa............

SAHUR

Hari ni sejarah berlaku setelah 26 hari umat Islam berpuasa. Kat umah ai ni ada 3 orang ja. MakYah, ai, dan anak mone Makyah si Kosem.

Selalunya bila bangun bersahur, Makyah akan kejutkan anak mone dia tu sampai bangun. Ai berbulu je dalam hati tengok orang tua ni dok p berkali2 kejut. Last2 ai bagi henfon ja...soh tepon dari dapuq. Buleh pakai jugak idea tu.

Pagi ni, lepas makan segala, ai p mandi. Kira dalam pukul 5.30. Naik mandi dah pukul 5.45, tengok si anak mone Makyah takder. Tanya Makyah, Makyah kata dah takmau mangkit (bangun) biaq p kat dia. Pestaim Makyah buat tak heran anak mone dia tak bangun sahur.

If Makyah kejut mmg blembut je...panggil nama, gosok2.....If ai kejut, mula2 panggil nama, lepas tu tanya nak bangun ke tak (pitching tinggi sikit dah!).....ketiga...woi!nak mangkit ke dak ni! keempat - lantak p kat hang if hang takmau mangkit. Banyak lagi keje aku kat dapuq.....tidoq la puas2. Aku tak sakit hati nak kejut, ko pun tak sakit telinga dengaq aku memekak pagi2. Done keje aku!

Kakak mithali mmg macam tu, kena ajaq adik tu berdikari.....cuba la bangun sendiri, jam tu dok memekak dari pukul 5 kat sebelah telinga takkan tak dengaq. Siap dua jam loceng lagi tambah dengan 2 henfon yang disetkan alarm. Lepas ni kena cari jam loceng yang boleh ketuk kepala sekali if tak bangun...bukannya dok bunyi saja!

Tuesday, August 23, 2011

Aku atau Engkau?


Uits...

Dah kol 8.20pm. So ada dalam 20 min lagi nak menulis. Satlagi ai nak kene jadi drebar hantaq Makyah p masjid.

Tadi dalam kol 2.20pm, diebah msg kata .... "Dgn ini diumumkan, adiebah telah selamat operate dpt gurl 2.8kg je"


Kenapa 2.8kg je? Yang dekat2 20 kg lagi p mana? Dia jawab "air n lemak"......takper nanti kita diet sama2 yer kekbah.

Ni gambaq dia masa tengah peknen


Gambaq lepas bersalin belum ada lagik sebab dba bersalin di kampung. Later2 ai upload bila dah p melawat dia n bb.


Ai nak tanya cemana uols tahan perasaan marah?
* Marah jer?
* Diam?
* Istighfar?
* Let it be........

Darah pendekar makin lama makin membuak dalam diri. Pantang tercuit sket ai mula nak mengamuk! Manusia sebelum dapat janji melambung ke langit. Bila dah dapat, separuh langit pun belum tentu dapat diselesaikan. Contohnya kawan ko janji nak pinjam keta n lepas hantaq balik nak isi minyak penuh. Esoknya, masa nak naik keta, tengok2 minyak tinggal setakuk jer lagi. Macam2 perangai ada. Bila tanya naper tak selesaikan keje...tokeh kata dia dah suruh anak buah dia mai buat keje tapi anak buah tak datang. Bila tanya anak buah, anak buah kata tokeh tak beli barang so keje tak bleh jalan. Mana satu ni wei!!!! Bulan posa ni cer cakap betul2, takyah nak berdolak dalih. Lagi dua minggu if keje tak jalan jugak ai tau la nak buat cemana...whether ai yang loss or uols GET LOSS!

Saturday, August 20, 2011

Tepung Gandum


Assalamualaikum semua.......

Weekend ni, ai merajinkan diri wat biskut tapi ada barang2 yang lupa nak beli. So dah alang2 si Kosem tu kluar, ai pesan kat dia a few barang. Antaranya tepung halus or superfined cap blukey. Semalam masa nak buat adunan, ai pun p la cari superfined flour yang ai pesan. Punggah punya punggah ai jumpa ni ja.....
Gambar dari google

Yelah cap buekey jugak!

Monday, August 15, 2011

ANak ...

Hari Sabtu lepas ai singgah kedai buku. Masa tgh pilih buku tu ai ternampak ada 2 orang anak lelaki tengah temankan mak dia nak cari tafsir quran. Anak tu sempat ambil buku dan membaca sepintas lalu. Topik yang dia baca kuat2.....adalah bagaimana mahu memilih calon suami untuk anak perempuan.


Adik : Mak dengaq ni. Dia kata if nak kahwinkan anak perempuan, janganlah kau kahwinkan dengan lelaki yang jelek mukanya. (dia ulang 3 - 4 kali).

Abang: Bukan mak pak yang nak kasi kahwin dah anak perempuan dia yang tergedik2 nak kat lelaki muka macam tu, dia nak buat cemana......hang ingat dia suka anak dia kahwin muka stok pecah rumah ja?

Pilihan di tangan sendiri kan tapi Allah maha menentukan. Yang muka tak baper nak hensem tu mungkin hatinya superb BAIK!


Friday, August 12, 2011

Tanggungjawab...

Assalamualaikum...

Mata ai takleh nak lelap. Nak wat keje lain tak best sebab tadak nafsu. Jangan pikir lain ye...nak makan takder nafsu nak makan sebab dah sangat kenyang.....nak buat soalan final takde idea mari so baik ai hapdet je blog nih.

Tadi masa tengah ngajar tengok mata students ai dah makin kecik....semakin lama lagi layu. Dah depa bagi signage macam tu takkan nak teruskan mengajaq kan...so ai mula la bukak cerita. Salah satu cerita pasal tanggungjawab. If ditanya kat depa setiap satu perkara pasti depa tau jawapn dengan betul. Contohnya pasal sahur....kenapa kena sahur, kenapa sebaik2 sahur adalah di hujung waktu...semua tau sebab apa tapi yang bangun sahur ada la 4 ke 5 orang. Hok lain tau tapi tak praktik.

Tanggungjawab yang selalu kita lupa adalah pada diri sendiri. Jaga diri kita sebaik yang mungkin supaya kita sihat den barulah kita boleh jalankan kehidupan dengan penuh bermakna. Kadang2 kita lupa makan tapi kita selalu tanya orang lain dah makan ke belum. Kita tanya orang dah solat belum tapi kita sendiri tak solat lagi....kita marah orang sebab tidur lewat tapi kita sendiri yang tidur lagi lewat tak hengat.

Mak kita pesan supaya kita belajaq rajin2 and mak kawan kita pesan tolong tengokkan anak dia sama masa dok belajaq nih. Kita lupa apa yang mak kita pesan dan kita hanya ingat apa yang mak kawan kita pesan ja. Sebab tu kita kapel ngan anak mak kawan kita tu sbb mak dia soh tolong jaga....Huh!!!!!

Bila nak kawen tetiba jer kita cakap hal tanggungjawab. Kena tanggungjawab ke atas encik somi dan puan isteri. Tapi sebelum tu ada tanya ke diri kita, itu je ke tanggungjawab yang ada. B4 nak kawen, kita jadi anak kepada mak kita kan...tanggungjawab tu jangan cek lupa noooo, if kita tu lelaki and ada saudara perempuan yang tak kawen lagi pun kita kena ingat, saudara perempuan tu di bawah tanggungjawab kita. Ada penah tanya saudara perempuan kita tu sakit ker, ada pape masalah ka, ada duit ke tak nak belanja, ada benda boleh tolong ker........opss lupa, saudara kita tu dah besaq panjang, so dah pandai jaga diri sendiri or dengan kata lain dia dah boleh bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Hidup ni terlampau singkat untuk dibebani dengan permasalahan...........hidup jelah dengan tenang supaya bila tiba hari kita untuk 'pergi' dari dunia ini biarlah orang sedar kepentingan kita bukannya orang rasa sangat lega bila kita dah tak ada. Insyaallah.




Tuesday, August 09, 2011

Orang Tengah

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan buat semua, tak terlambat kot nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al mubarak...mana la cek tau kot2 ada yang baru nak mula posa? huhuhuhu

Dah lama takder entry kat sini. Bukan bz bebeno, rajin je jengah kawan2 di alam maya. Tengok si comel lutfi p jalan2 ngan mak dia, bukak blog2 masakan yang kat tepi kanan sidebar tuh, and dapat satu blog baru. Dia punya taraf bahasa mmg syok layan, boleh terkikih gelak sorang2....TTM. Tapi blog sendiri nak hapdet jawapan nehiiii sebab malas nak karang. Dua tiga menjak ni darah marah melonjak2 dalam badan. Sebab tu tahan tanak maki dalam blog. Kunun sabaq habis la...

Korang tau ker maksud jadi orang tengah ni? Bukannya orang yang dok kat tengah2 di antara 3 orang yer...Kadang2 bila kita nak buat satu2 kerja kita tak mampu maka kita subkan kepada orang lain, yang tu pun boleh jadi orang tengah. Kerja tu pulak more kepada nak cakap sesuatu kepada pihak yang satu lagi tapi macam tak mampu nak cakap. Contohnya Makyah nak tegoq something dengan ai tapi dia mintak Qosem gitaw ai (ke terbalik???)...

Tapi risiko jadi orang tengah pun banyak jugak. Katakanlah Makyah mintak Qosem tegoq ai supaya rentikan tebiat dok kuar malam n melepak kat kedai jiran sebelah rumah yang jual char keow teow sampai pukul 12.00 tengah malam baru balik.

Bila Qosem tegoq ai (Makyah ada masa scene tegoq menegoq berlaku) dan ai tanya balik "Pasai apa mak tak suka saya balik lewat, bukan p mana pun, ada ja kat kedai Mie Gendut tu. Tak caya mak p tanya kat abang lah".

Den Makyah jawab, "kalau p kat kedai Mie Gendut takpa la.....jangan dok p tang lain sudah la!"

Tak ker Ai jadi menyampah tahap gaban kat Qosem sebab dia dok tegoq ai walhal Makyah kata takpa! Ni la bahayanya jadi orang tengah. Kat belakang Makyah dah cerita sebakul siap dengan apa yang dia rasa, bimbang n macam2 lagi. Tapi bila orang tengah tu dah sampaikan kat orang yang perlu ditegoq tu tetiba pulak dia kona cerita kata ikut la macam mana pun......mak takpa!

So orang tengah kena ada dua ciri tambahan....ye aku mmg busuk hati (suka masuk campur dalam hal orang) dan kena jadi kurang baik (a.k.a sedikit je jahat)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails